Keruntuhan Akhlak DiKalangan Pelajar Zaman Ciber


Masih belum terlambat saya merespon mengenai isu keruntuhan akhlak dikalangan pelajar yang kian meruncing. Sungguh, saya merasakan tugas seorang bakal guru kian berat dan perlu bersedia untuk mendepani keruntuhan akhlak pelajar.

258523278_bfd23698e31

Umum kita menyaksikan di dada akhbar melaporkan mengenai permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar malah ianya menjadi perbahasan hangat di kalangan pelbagai pihak.  Pelbagai bentuk masalah disiplin dan akhlak pelajar seperti vandalisme, gejala buli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah dan sebagainya.

Hasil kajian Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 mengenai kes gengsterisme yang dipaparkan menerusi media Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2009, mendapati bahawa 459 daripada 1560 sekolah menengah harian terdedah kepada budaya samseng ini. Kes guru pernah ditampar pelajar malah yang terkini menerusi laporan Berita Harian bertarikh 5 Mac 2009, seorang guru Bahasa Inggeris telah disimbah asid merupakan antara tragedi yang amat menakutkan.  Lebih mengejutkan lagi, pihak Kementerian Pelajaran mendedahkan kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada keseluruhan tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin.  Perlu diinsafi rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kalangan pelajar kini mendukacitakan, sekali gus ia menjadi isyarat jelas bahawa indeks keruntuhan akhlak di kalangan pelajar negara berada di paras berbahaya.

pelajar

Adakah kita bakal guru pada masa depan bersedia untuk mendepani karenah pelajar yang lebih mencabar? Dengan berbekalkan pengatahuan psikologi, pedagogi disulami dengan pengetahuan mengenai subjek, adakah ianya benar-benar dapat membantu bakal guru-guru di sekolah?  Selaku bakal guru, tanggungjawab mereka pada masa depan adalah melahirkan insan-insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelektual malah akhlak juga perlu dititikberatkan.   Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.  Ramai guru yang mampu untuk melahirkan pelajar yang bijak namun belum tentu soleh dan baik akhlaknya.

Menyedari hakikat guru pada masa depan yang terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang ada, mereka perlu menginsafi apakah corak pendidikan dan asuhan yang sudah dan sedang dicurahkan kepada anak muda masih tidak mencukupi, lantaran itu anak-anak muda ini begitu mudah terjerumus ke kancah yang akhirnya bukan saja memudaratkan diri mereka sendiri, malah mengancam kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.

Gelombang keparahan akhlak pelajar-pelajar ini sebenarnya bukan sahaja membahayakan golongan pelajar malah guru-guru juga diambang bahaya. Oleh itu, adalah tidak wajar kita memandang remeh terhadap apa yang berlaku dan seterusnya menganggap ia masih belum serius dan dalam keadaan terkawal. Kita mesti berwaspada dan berhati-hati serta sentiasa beringat sepanjang masa. Jangan pula apabila masalah menjadi serius dan parah, barulah kita mahu mengambil tindakan susulan pada hal ia sudah terlambat bak kata orang tua, “Sudah terantuk baru terngandah”.  Hakikatnya, tugas bakal guru akan datang semakin mencabar,namun bersediakah bakal guru-guru ini?

Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memainkan peranan penting bagi menangani masalah kersosakan akhlak pelajar dizaman yang moden ini.  Kita tidak seharusnya berdiam diri dalam permasalah ini.  Ibu bapa harus perihatin tentang gerak geri anak-anak kita setiap saat.  Kita harus mengambil berat dari semua sudut penggerakkan mereka terutama dari segi pergaulan mereka.  Kita patut peka dengan siapa mereka berkawan?  Anak siapakah kawan mereka?  Latar belakang ibu-bapa kawan kepada anak kita?  Ini adalah sangat penting untuk pengetahuan kita agar dapat kita memastikan bahawa anak-anak kita tidak tersilap memilih kawan.

Justeru, saya ingin mengingatkan bahawa, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Guaru di Sekolah-Sekolah di Negara ini perlu memainkan peranan penting berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar Pelajar Sekolah masing-masing.  Jangan hanya mengutip yuran dan digunakan untuk perkara-perkara yang tertentu sahaja.  Hasil yuran yang dikutip oleh PIBG seharusnya mengambil kira untuk program-program permantauan pelajar-pelajar seperti menyediakan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak selain yang disediakan oleh Kerajaan.  PIBG juga seharusnya turun ke Padang bagi memastikan tiada perkara salah laku di kalangan pelajar-pelajar sekolah masing masing.  Pergilah tempat-tempat tertentu yang dikenal pasti sebagai tempat-tempat oleh pelajar-pelajar.  Benteraslah salah laku mereka dan jangan hanya berdiam diri.  Sediakan kelas-kelas konselin yang dipimpin oleh pakar motivasi yang professional dengan menggunakan sebahagian wang tabung PIBG.

Marilah kita sama-sama mengambil tindakkan segera bagi menangani masalah remaja yang meruncingkan ketika ini.  Kita seharunya menyematkan semangat sebagai saorang umat islam yang berpegang kepada KHAIRA UMMAH yang bermaksud “KELOMPOK MANUSIA YANG HIMPUN DAN DISATUKAN DENGAN AGAMA ISLAM” bagi menangani perkara-perkara yang dilarang oleh islam.  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:  “Kamu adalah umatKu yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah S.W.T.”

Dengan pesanan diatas, kita harus menjalankan tugas kita sebagai umat Islam berpandu pada 3 kretiria berikut:

khaira-ummah-1

khaira-ummah-2

khaira-ummah-3

Akhir sekali, saya menyeru kepada umat-umat islam yang membaca laman ini supaya bertindaklah segera supaya remaja kita akan datang adalah remaja yang berkualiti tinggi yang akan memimpin masa depan Negara kita. Pesenan saya:

khaira-ummah-4

Wassalam.

Lokman Mohd Hashim
Penerbit, Mutiara Islam

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 22, 2009.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: