GAYA HIDUP SIHAT MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA


Islam adalah agama sahih yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang.

gaya-hidup-sihat-11

gaya-hidup-sihat-2

Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada masa ini terdapat 1.3 juta pengidap kencing manis di negara kita dengan nisbah setiap 10 orang terdapat seorang berpenyakit kencing manis. Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman.

gaya-hidup-sihat-3

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

gaya-hidup-sihat-4

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.  Pepatah Melayu ada menyebut:

gaya-hidup-sihat-5

Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

gaya-hidup-sihat-6

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma’ninah serta memahami isi bacaan.

gaya-hidup-sihat-7

gaya-hidup-sihat-8

Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia sejagat tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.

Solat khyusuk secara zahirnya adalah menghadapkan diri kepada Allah SWT dengan penuh adab dan penghormatan. Kerana Dia adalah Raja di dunia dan Raja di akhirat, Raja yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Solat yang mencapai tahap khyusuk, bukan sahaja memberi kesan baik dalam hubungan kita dengan Allah SWT, malah berupaya membentuk keperibadian muslim yang unggul. Bukan sekadar itu sahaja, beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan telah memperakukan bahawa puasa Ramadan dan puasa-puasa sunat yang lain, memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan manusia.

gaya-hidup-sihat-9

Disini,  saya ingin mengingatkan muslimin dan muslimat sekalian yang membaca laman ini, bahawa mewujudkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat dan mengekalkan persekitaran bersih adalah gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam.

gaya-hidup-sihat-10

Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya umat Islam sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan diri.  Suci tetapi tidak bersih atau bersih tetapi tidak suci, boleh menjejaskan amal ibadah.

Secara umumnya Islam mengharuskan umatnya mengamalkan gaya hidup sihat selagi amalannya selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.  Namun jika amalan gaya hidup sihat itu mencemari akidah dan syariah seperti adanya aktiviti atau pergerakan pemujaan, jampi serapah, mendedah aurat dan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan, maka ia adalah HARAM.

gaya-hidup-sihat-111

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah mengharamkan beberapa kegiatan yang diamalkan oleh umat Islam antaranya Silat Nasrul Haq, Seni Bina Diri Al-Ma’unah dan Silat Azhar Wahab yang di dapati menyimpang daripada akidah Islamiah.

gaya-hidup-sihat-12

Justeru itu, saya sekali lagi mengingatkan umat Islam, agar tidak mempertikaikan pengharaman senaman YOGA yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.  Apa yang nyata, pengharaman yang dibuat tiada kaitan sama sekali untuk mencampuri urusan agama dan budaya penganut agama lain, tetapi semata-mata untuk memelihara akidah dan martabat umat Islam.

gaya-hidup-sihat-132

Akhir sekali, saya menyeru umat Islam agar memberi sepenuh perhatian dan mengambil langkah berikut bagi menjamin amalan gaya hidup sihat iaitu:

gaya-hidup-sihat-151


gaya-hidup-sihat-14

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya dalam laman ini, saya sekali lagi menyeru semua muslimin dan muslimat yang membaca laman kesihatan ini supaya menjaga kesihatan kita seharian agar kita memperolehi hidup yang sihat yang diberkati oleh Allah S.W.T. dengan keredhaanNya.

Oleh: Lokman Mohd Hashim, Mutiara Islam

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 23, 2009.

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: