Politik Wanita dalam Pandangan Islam


drama-faridah-tundukSebelum melanjutkan pada pembahasan politik perempuan dalam pandangan Islam, perlu diketahui bahawa politik dalam Islam sangat berbeza dengan politik dalam pandangan sekularisme. Tujuan berpolitik dalam Islam bukanlah untuk meraih kekuasaan seperti yang terjadi pada masa kini sebaliknya tujuan politik adalah ria’yah asy-syu’un al-ummah (mengatur urusan umat). Mengatur urusan umat bererti menjamin seluruh permasalahan umat diselesaikan dengan aturan Allah. Jadi, kemampuan berpolitik bukan hanya menjadi hak dan kewajiban para penguasa, malah seluruh umat Islam, termasuk kaum wanita.

Sayangnya hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, menyebabkan mereka terjebak dalam sistem demokrasi yang membawa bencana pada diri mereka sendiri. Tidak ketinggalan dengan para Muslimahnya yang mana atas nama demokrasi, mereka menuntut hak untuk duduk di Parlimen, seterusnya menggubal undang-undang yang dapat “menguntungkan” kaum perempuan. Padahal, seharusnya mereka tahu bahawa pada hakikatnya, siapa pun yang menduduki kerusi parlimen adalah manusia-manusia yang ingin mensejajarkan dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam membuat hukum. Dengan hanya berusaha meraih suara majoriti, mereka dengan berani membuat hukum yang akan diterapkan, walhal hak membuat hukum itu hanyalah pada Allah. Padahal kepada siapa mereka akan kembali dan kepada siapa mereka akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka kalau bukan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang telah menciptakan mereka.

Kewajiban berpolitik sebenarnya merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Islam mewajibkan seluruh kaum Muslim sama ada lelaki mahupun wanita untuk berdakwah mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi yang mungkar. Amar maaruf nahi mungkar ini bermaksud menyeru untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan menerapkan seluruh hukum syariat-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [TMQ Ali-Imran (3):104].

Perlu kita ketahui, ayat ini diturunkan di Madinah yang merupakan negara Islam dan hukum-hukum yang diturunkan di Madinah bukan hanya mengatur bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja, tetapi juga yang mengatur sistem kehidupan. Pada saat itu, hukum-hukum yang mengatur masyarakat seperti sistem kewangan (dinar-dirham), politik luar negara, uqubat, sistem ekonomi, sistem kewangan, pemerintahan dan pendidikan telah diturunkan. Oleh karena itu, agar kaum Muslimin dapat menjalankan kewajipannya untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka harus memiliki kesedaran berpolitik. Oleh yang demikian, sama ada lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai hak yang sama untuk berdakwah amar maaruf nahi mungkar.

Dalam hal ini juga, kita mestilah membezakan persoalan pembabitan wanita di dalam politik dengan pembabitan wanita di dalam pemerintahan. Seorang Muslimah dibolehkan, malah diwajibkan berpolitik, namun diharamkan menjadi pemerintah atau apa jua jawatan yang terkait dengan pemerintahan. Manakala untuk menjadi ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri di dalam sistem demokrasi dan terlibat di dalam proses penggubalan undang-undang yang dibuat di situ, maka ia adalah haram baik bagi wanita mahupun lelaki.

Khatimah

Lelaki dan wanita dalam Islam memiliki hak dan kewajipan yang sama untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kebahagiaan yang mereka capai juga sama iaitu menggapai keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. Tujuan hidup inilah yang semestinya menjadikan lelaki dan wanita menerima segala peranan yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq. Pada saat dan ketika ini, menegakkan kembali Khilafah sebagai sebuah institusi yang menerapkan dan menjaga syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan untuk seluruh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Di sinilah sebenarnya ruang yang diberikan Allah Subhanahu wa Taala kepada wanita untuk terlibat dan terjun ke dalam dunia politik.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 22, 2009.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: