Memanfaat Komunikasi Dalam Perspektif Islam


ba_011Kita sedia maklum bahawa komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Manusia mula berkomunikasi sejak lahir sehingga mereka menemui Tuhan.  Komunikasi bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pandangan dan buah fikiran, meluahkan perasaan dan pendapat serta berkongsi permasalahan dan menyelesaikan masalah.  Manusia akan selalu berkomunikasi, tetapi cara dan kaedah berkomunikasi sentiasa berubah.

Daripada kegunaan komunikasi menggunakan pena, kini menggunakan komputer, daripada perhubungan dengan surat kini menggunakan kecanggihan emel dan internet, dan telefon malahan sidang video dan audio digunakan untuk bermesyuarat dan juga sebagai salah satu medium pengajaran.  Semua ini tidak kita bayangkan dahulu, tetapi mahu tidak mahu, cara hidup ini sudah banyak mempengaruhi cara manusia berfikir, bekerja dan menjalani kehidupan.  Proses komunikasi ini berubah pantas, seiring dengan ledakan teknologi dan maklumat.

Masyarakat kebanyakan hari ini banyak bergantung kepada sistem komunikasi elektronik dan digital untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu.  Remaja dan golongan muda adalah kelompok yang sangat rapat dengan teknologi ini.  Sangat jarang kita melihat remaja tanpa telefon bimbit dan Internet masa kini.

Daripada pandangan Islam, apa pun asas perlakuan dan pekerjaan adalah untuk mendapat keredaan Allah dan memperolehi pengetahuan yang membawa kepada mengenal kebesaran Allah.   Justeru, teknologi komunikasi digital yang dibangunkan seharusnya membawa kita bukan sahaja untuk merapatkan perhubungan sesama manusia tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah.

Teknologi dan komunikasi digital membawa banyak kebaikan kepada umat Islam seluruhnya.  Ia merapatkan silaturrahim sesama Islam, di mana seorang anak boleh berhubung dengan kedua ibu bapanya dengan telefon dan sidang video 3G, pekerja dan ketua bertukar dokumen melalui emel, rakan berutus khabar melalui chatting dan daripada laman blog peribadi mereka, serta rakyat mendapat maklumat daripada pemimpin mereka daripada siaran televisyen, radio dan Internet.

Dalam masa yang sama kita mengagumi teknologi komunikasi ini, kita tidak usah lupa bahawa teknologi ini menjadikan manusia kadangkala lupa akan tanggungjawab untuk menggunakannya ke jalan yang benar dan baik.  Komunikasi digital telah merapatkan jarak yang jauh menjadi dekat.  Tetapi adakah manusia menjadi lebih ihsan, teliti dan bertanggungjawab? Ramai yang memanfaatkan teknologi ini untuk tujuan yang baik, namun begitu tidak kurang juga yang menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk tujuan yang salah dan kurang baik.

Teknologi komunikasi digital juga telah membawa kesan yang sangat besar kepada perkembangan dakwah Islam.  Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa para pendakwah dan ulama tidak harus mengenepikan teknologi ini sebagai medan untuk mereka berdakwah kerana ia mempunyai impak yang besar terhadap penggunanya.  Apatah lagi dengan lambakan maklumat yang salah mengenai Islam serta cabaran daripada laman-laman yang menyiarkan bahan-bahan yang melalaikan serta kurang elok, maka teknologi ini harus digunapakai dengan sebaik-baiknya agar golongan remaja dan muda-mudi tidak terkeliru dengan maklumat yang salah mengenai Islam.

Emel dan peringatan boleh disampaikan dengan mudah hanya dengan satu klik papa komputer atau telefon.  Malah dengan kecanggihan teknologi komunikasi, pengguna juga boleh mengetahui waktu solat dengan tercipatanya perisian yang boleh digunakan dalam telefon dan komputer.   Program seperti drama dan iklan yang berunsurkan dakwah Islam boleh disiarkan di televisyen, radio dan internet untuk meningkatkan kefahaman terhadap Islam bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada golongan bukan Islam.

Kita tidak akan tahu bagaimana manusia berkomunikasi di masa hadapan, tetapi apa yang pasti ialah prosesnya akan menjadi lebih mudah dan pantas daripada yang kita bayangkan hari ini.   Seorang individu Muslim terutamanya remaja harus berusaha untuk meningkatkan kefahaman terhadap teknologi ini agar tidak ketinggalan dalam cabaran teknologi dan maklumat kini.  Pun begitu, remaja Islam harus diimbangi dengan rasa tanggungjawab dan etika yang tinggi dalam menggunakan teknologi ini.  Kecanggihan komunikasi tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai dengan rasa tanggungjawab dan amanah terhadap bahan yang ingin dikongsi.

Sekiranya penggunanya adalah orang yang bertanggungjawab dan amanah, maka matlamatnya akan dikemudi ke arah dan tujuan yang baik.  Tetapi sekiranya kecanggihan teknologi ini digunakan untuk memudaratkan dan merosakkan nama sendiri dan orang lain, maka banyaklah kerosakan yang akan berlaku.  Justeru amat penting bagi seorang Muslim untuk mengguna pakai teknologi ini ke arah yang sebaik-baiknya.  Umat islam seharusnya mengambil berat diatas perkara ini terutama kegunaan tefeon bimbit.  Pelbagai jenis tefon bimbit masa kini, jenama, rupa bentuk, pengisian dalam dan tidak kurang muat nada dering yang kini dimuatkan dengan lagu-lagu yang terpilih.  Ada nada dering yang berunsurkan islam seperti lagu-lagu nashid dan sebagainya, tetapi yang paling banyak yang berunsurkan komersial seperti lagu-lagu yang terdapat dalam pasaran dewasa ini.  Ramai yang menghabiskan wang ringgit untuk memuatkan lagu-lagu yang disukai oleh mereka.

komunikasi-7Walaubagaimanapun, satu perkara bahawa kegunaan telefon bimbit di pusat dakwah seperti masjid-masjid dan surau-surau harus di awasi.  Adakala telefon bedering semasa solat didirikan terutama semasa solat berjemaah.  Perkara ini sering berlaku oleh kerana ramai yang lalai dan tidak mengambil berat untuk memastikan bahawa telefon masing-masing di matikan ketika berada di rumah Allah.  Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat.  Kekusyukan mereka terganggu.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat.  Apatah lagi sedang bersolat berjemaah.  Deringan biasa sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.  Sepatutnya pemilik telefon sudah mematikan telefon beliau, ataupun membuatkan telefon tersebut dalam ‘silent mood’ atau ‘vibrate mood’.  Sebaik-baiknya OFF terus.  Sebab kadang-kadang, jika telefon bimbit bergetar, ia akan mendatangkan perasaan resah kepada seseorang yang sedang solat.  Lantas mengganggu tumpuan dalam bersolat.  Walhal, kekhusyukan di dalam solat adalah suatu yang dituntut kepada kita.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah “al-Bakarah : Ayat 238 yang berbunyi:

komunikasi-5

“Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.”

dan juga didalam surah “al-Mukminun : Ayat 1-2 yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. seperti berikut:

komunikasi-6

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya.”

Justeru, amat penting untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat.  Jadi berhati-hatilah agar kita tidak menyebabkan orang lain hilang fokus dan khusyuk di dalam solat.  Jika berlaku seperti perkara di atas kepada diri kita, apakah yang perlu kita buat?  Adakah membiarkan deringan itu terus berbunyi?  Atau bagaimana?  Bolehkah kita melakukan pergerakan untuk mematikan telefon bimbit tersebut?

Apabila ditanya soalan yang sama, panel feqah telah menjawab seperti berikut:

Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).

Nabi s.a.w sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah.  Apabila baginda ruku’, dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayatkan oleh Malik, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud.

Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A’isyah ra. masuk. Berkata A’isyah ra :-

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه

مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى

مقامه ووصفت أن الباب في القبلة

“Rasulullah s.a.w sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A’isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat”

[Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nassa'i, al-Tirmudzi].

Pergerakan Nabi s.a.w ini menunjukkan pergerakan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat].

Abu Sa’ed al-Khudri ra berkata :

“Rasulullah s.a.w apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran – atau baginda berkata, apabila bersolat”

[Hadith Riwayat Abu Daud].

Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi s.a.w  jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi musik. Berikut saya lampirkan penerangan ringkas berkenaan bagaimana untuk mematikan telefon bimbit ketika di dalam solat:

Mematikan Tefon Bimbit Semasa Mendirikan Solat:

komunikasi-3

komunikasi-21

komunikasi-4

komunikasi-11

Maka dengan adanya panduan diatas, saya yakin bahawa umat islam akan dapat memastikan agar tiada gangguan kepada ahli jemaah dimasjid-masjid dan surau-surau, insya’Allah.

Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 24, 2009.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: