DOA’ SEORANG IBU


Hari Ibu - Blank Cover 2

Marilah kita mengambil kesempatan semperna Sambutan Hari Ibu hari ini untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangannya.

Hari Ibu - Slide 1

Semoga kita memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian bersama ibu bapa serta keluarga.  Mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak.

Semperna dengan sambutan bagi memperingatkan jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada kita, laman Minda Penerbit pada hari ini akan mengutarakan tajuk “Doa seorang Ibu sampai ke Syurga“.

Hari Ibu - Slide 3

Sehubungan dengan ini, marilah kita menghayati  firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud:

Hari Ibu - Slide 2

Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Hari Ibu - Slide 4

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Hari Ibu - Slide 5

Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Hari Ibu - Slide 6

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

Hari Ibu - Slide 7

Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

Hari Ibu - Slide 8

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Bersempena hari ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai tanda penghormatan terhadap pengorbanan ibu serta mengenang jasa mereka membesarkan kita.  Maka, janganlah sesekali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati mereka. Terutama kepada golongan remaja yang sering terlibat dengan masalah sosial di mana perbuatan dan perilaku tersebut boleh mengguris perasaan dan mengecewakan harapan ibu yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa menjaga nama baik keluarga bukan dengan menjatuhkan maruah keluarga.

Hari Ibu - Slide 9

Sambutan hari ibu perlu dihayati dengan penuh bermakna oleh kita semua. Kerana terdapat kes-kes yang mengecewakan kita telah berlaku dan dipaparkan di dalam media seperti ibu bapa didera oleh anak sendiri, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi atau perbuatan mereka dihalang oleh ibu bapa.  Perbuatan derhaka seperti ini adalah disebabkan telah hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh syaitan serta kewarasan akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil khayal, dadah dan sebagainya. Mereka ini perlu bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan, mudah-mudahan hidup akan diberkati dan dijauhkan dari azab siksaan api neraka Allah SWT.

Hari Ibu - Slide 10

Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Hari Ibu - Slide 11

Hari Ibu - Slide 14

Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya, atau hari ibu, barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.

Hari Ibu - Slide 13

Oleh: Lokman Mohd Hashim, MutiaraIslam Online

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 10, 2009.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: