PENTINGNYA PENDIDIKAN ISLAM KEPADA ANAK-ANAK


Islam telah memerintah ibubapa bertanggungjawab kejalan yang di redhai Allah SWT.  Secara tidak lansung para ibu bapa membimbing dan memperlihatkan anak-anak mereka supaya tidak kehilangan jejak dan sesat dalam keraguan dan kecurigaan.

Pendidikan adlah wajib bagi setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita.  Masyarakat yang berilmu dan pendidikan adalah masyarakat yang terbaik.  Tetapi mengapa masyarakat hari ini kucar-kacir walaupun ramai golongan intelek dan berilmu pengetahuan?  Perlulah di ketahui bahawa pendidikan pada hari ini banyak melahirkan generasi yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya.  Rata-rata pendidikan sekular tidak dapat membentuk seseorang menjadi seorang yang bertakwa dan berguna dalam masyarakat.  Malah mereka hanya di canang akan untuk mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan setelah tamat pengajian.

Kesan kebangkitan Islam kini telah membuat ramai ibu bapa mula sedar akan pentingnya pendidikan Islam.  Mereka mahu anak-anak mereka dididik dengan ajaran agama Islam sejak dari kecil lagi.  Mereka mula menghantar anak-anak ke Tadika Islam untuk dilatih dan dididik dengan ajaran Islamik.  Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri mengikut ajaran Islam.  Sekiranya mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam, janganlah anak-anak dibiarkan jahil dan sesat juga.  Kasihan kepada mereka yang masih putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak bermakna.

Tugas untuk mendidik kanak-kanak adalah sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut.  Kebiasaannya, mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika.  Guru yang lembut, penyayang serta berdisiplin dapat mencoraki bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Ibu bapa ayang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuat mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut.  Lantas mereka secara tidak lansung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiah secara tidak lansung dari anak-anaknya.  Misalnya seorang kanak-kanak yang dilatih di Tadika Islam, disana mereka di ajar bersolat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya.  Apabila pulang ke rumah didapati ibu bapanya tidak bersolat, lalu ditanya kepada ibu bapanya mengapa tidak bersolat sedangkan solat itu wajib disisi Islam.  Maka dengan sendirinya ibu bapa akan sedar akan kejahilan mereka selama ini.  Sedangkan anak mereka bersungguh-sungguh melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.  Mereka akan rasa terpukul kerana jika seorang budak boleh mentaati perintah ASllah SWT, kenapa pula mereka selaku orang tua tidak sanggup melaksanakannya.

Didalam masyarakat kita pada hari ini, ramai pendidikan yang tidak berjaya dalam mendidik anak-anak muridnya kerana tugas mendidik itu tidak dijiwa dan dihayati bersungguh-sungguh kerana Allah SWT.  Mereka hanya memikirkan soal gaji semata-mata kerana sudah tidak ada kerja lain yang hendak dilakukan selain daripada mengajar.  Sebab itulah orang yang terdahulu amat mengambil berat tentang sikap dan peribadi guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka.  Pernah Utbah Bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: “Jadikan kebaikan ke atas anakku kebaikan ke atas mu juga.  Kerana mata mereka akan berpusat kemata mu dan bagaimana baiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat.  Dan kejelikan yang akan mereka lihat akan kejelikan yang kamu lihat juga”.

Disiplin perlu ditekankan semasa mendidik kanak-kanak supaya mereka mempunyai tatacara dan kelakuan yang baik dan hal itu perlulah diberikan penekanan sejak dari kecilnya lagi.  Para hukama berkata: “Pendidikan anak pada peringkat kecilnya adalah seperti lorekan pada batu”.  Didalam hal ini, para ibu bapa harus meneliti sekolah manakah yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya.  Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita kejalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat, insyaAllah.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 26, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: