Remaja Melayu Masa Kini Tidak Bermoral


Setiap hari sama ada kita membaca akhbar, mendengar radio atau menonton TV, kita akan mendengar kejadian-kejadian yang menakutkan kita seperti meragut, bunuh, samun, pecah rumah, gangguan seksual, rempit, lumba haram  dan sebagainya.

Menurut pelbagai sumber, kebanyakan perlakuan sumbang itu dilakukan oleh golongan  remaja dan sebahagian besarnya dikatakan dilakukan oleh remaja dari keturunan Melayu.

Masalah remaja Melayu memang sudah banyak kali dibincangkan oleh  kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Berbagai seminar dan dialog diadakan. Tokoh-tokoh akademik, politik, pengkaji sosial dan pakar psikologi memerah keringat dan fikiran untuk mengatasi masalah tersebut, tetapi malangnya masalah itu tetap juga berlaku malah semakin bertambah.

Pengkaji-pengkaji sosial berpendapat segala kejadian yang dilakukan oleh para remaja itu jika diselidiki ia berkaitan dengan penyalahgunaan najis dadah iaitu musuh nombor satu negara.

Banyak orang keliru kenapa Melayu lebih ramai terlibat berbanding dengan remaja-remaja kaum lain. Melayu yang lebih terkenal dengan sikap lemah lembut, bersopan santun dan yang lebih penting Melayu adalah penganut agama Islam yang mana dalam agamanya melarang keras perbuatan-perbuatan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri apatah lagi orang-orang lain.

Ramai berpendapat bahawa  Ibu bapa hari ini tidak mengambil berat pendidikan agama terhadap anak-anak mereka. Oleh kerana tiada penekanan terhadap nilai-nilai  agama maka kebanyakan anak-anak muda Melayu hilang pedoman dan mudah terpengaruh dengan gelaja-gejala negatif.

Statistik Pemadam menunjukkan Melayu paling ramai menghisap dadah berbanding kaum-kaum lain.  Sebagai contoh data penagih dadah di Malaysia dari tahun 1988 hingga 2005 dikatakan seramai 289,763 orang.  Nisbah penagih dadah mengikut kaum terbesar di negara kita seperti yang terdapat dalam data pemadam menurut statistik Januari –Disember 2005 adalah seperti berikut; (Sumber AADK).

Bangsa Penagih baru Berulang Jumlah
Melayu 10621 11723 22344
Cina 2000 3131 5131
India 1208 2020 3228

Pakar psikologi, Mahmood Nazar Mohamad (Pengantar Psikologi, DBP, 1992)  berkata zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Semua perubahan fizikal , emosi dan personaliti harus mereka fahami dengan teliti supaya masalah-masalah tentangnya dapat dielakkan.

Mahmood mengatakan satu perkara yang harus dijelaskan ialah berkenaan perkembangan emosi dan sosial remaja. Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga,kawan-kawan sebaya dan hubungan percintaan adalah rumit kerana pada masa ini para remaja mengalami satu proses kesederan kendiri.  Mahmood menegaskan, konflik peribadi yang dikenali sebagai  krisis  identiti sering dihubungkaitkan  dengan perkembangan para remaja.

Erikson (1951-1963) menyarankan bahawa para remaja mengalami konflik sosial  di antara pengertian identiti  diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. Inilah masa para remaja akan bertanyakan soalan-soalan seperti “Siapakah saya?”, ”Apakah tujuan hidup saya?”, ”ke manakah arah kehidupan saya?” dan pelbagai soalan   lagi yang datang menghantui dalam dirinya.

Dalam kekeliruan mencari identiti ini remaja dikelirukan lagi dengan sikap atau cara hidup ibu bapa. Ada ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak kerana sebok bekerja atau berniaga. Ada ibu bapa yang bertengkar atau berkelahi suami isteri depan anak-anak dan sebagainya. Ada ibu bapa yang bercerai berai dan macam-macam lagi.

Bagi ibu bapa yang bermasalah, kekeliruan ini akan lebih membebankan anak-anaknya yang sedang mencari-cari identiti dan arah hidupnya. Kalau ibu bapa dan keluarga tidak dapat membimbing, anak-anak ini akan mencari apa yang berada di luar daripada apa yang ada dalam rumah mereka.

Apa yang berlaku di luar rumah lebih banyak yang boleh mengelirukan dan merosakkan mereka. Suasana masyarakat yang bersifat keakuan dan mementingkan diri, kasar dan tamak haloba akan menambah kekeliruannya dalam mencari arah kehidupan mereka.  Kekeliruan mereka akan bertambah parah apabila mereka berdepan dengan suasana alam sekitar kehidupan mereka. Pengaruh-pengaruh  iklan, TV, video dan media cetak akan lebih mengelirukan mereka.

Stesen-stesen TV lebih menonjolkan  program-program  bercorak hiburan melampau yang melibatkan para remaja. Saban hari, siang dan malam, TV kita menghidangkan juadah hiburan dari timur dan barat, utara dan selatan untuk santapan para remaja kita. Unsur-unsur negatif daripada program-program hiburan ini lama kelamaan membenihkan penyakit kronik dalam cara berfikir mereka.

Stesen-stesen TV berlumba-lumba mengadakan program hiburan untuk para remaja. Mereka seolah-olah mahu para remaja kita berada dalam dunia fantasi yang mereka bikinkan. Mereka membentuk dunia khayalan bagi para remaja bukan dunia keintelektualan.

Setengah Ibu bapa pula gagal membentuk jati diri anak-anak mereka kerana lebih mementingkan dunia dari aspek-aspek kerohanian yang berteraskan keimanan.

Akhirnya, anak-anak Melayu menjadi insan tanpa kualiti yang hanya tahu merempit, menagih, merogol, menyamun, merompak dan sebagainya sedangkan anak-anak kaum lain berlumba-lumba mengejar pendidikan tinggi kerana mereka percaya melalui pendidikan tinggi sahaja masa depan mereka  lebih terjamin.  Untuk mengatasinya kita tidak perlu mengadakan banyak seminar atau ceramah siang dan malam kerana penyakit sebenar mereka kerana berpunca dari pengabaian  terhadap pendidikan agama.

Kumpulan remaja bermasalah itu kita yakin mereka tidak pernah bersolat, berpuasa, membaca al quran dan sebagainya. Kerana jiwa mereka kosong dengan pendidikan agama maka mereka menerima sahaja apa yang dihidangkan kepada mereka tanpa tapisan lagi.  Masalah ini tidak akan pernah selesai selagi  ibu bapa tidak memberi perhatian terhadap sahsiah pendidikan yang berteraskan keimanan dan kebahagian dunia dan akhirat.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 31, 2010.

2 Respons to “Remaja Melayu Masa Kini Tidak Bermoral”

  1. Berlakunya gejala maksiat, peargaduhan, pembunuhan semuanaya di sebabkan penyakit yang ada di dalam diri kita iaitu panyakit mazmumah. Penyakit mazmumah yang paling besar ialah tidak cinta dan tidak takut kepada tuhan. Apabila manusia sudah tidak cinta dan takutkan Tuhan maka nafsu akan menguasai diri kita. Nafsu yang bersifat sentiasa mengajak manusia membuat kejahatan. Apabila nafsu yang jahat ini kuasai kita maka secara automatik akan lahirlah sifat-aifat jahat pada manusia iaitu tamak, sombong, cinta dunia, hasad dengki, pemarah, gila betina dan bermacam-macam lagi sifat jahat. Dari sini timbulnya bermacam-macam gejala sosial.

  2. ibu bapa kene lebih meeainkan peranan yang paling penting

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: