Kepentingan Keselamatan Dalam Perniagaan


Setiap bakal peniaga dan mereka yangt telah menceburi bidang perniagaan sama ada kecil,sederhana atau besar pasti mengharapkan pulangan dan keuntungan yang setimpal dengan modal dan usaha-usaha yang mereka jalankan.

Namun demikian,tidak siapapun dapat  menafikan bahawa setiap perniagaan yang diusahakan itu tidak kebal daripada berbagai-bagai ancaman sama ada dari dalam atau luar premis perniagaan  mereka.  Dalam kata lain setiap pemilik perniagaan dan para pekerjanya berkemungkinan menghadapi sesuatu keadaan yang cemas dan ancaman keselamatan berbentuk kebakaran, kecuaian pekerja dan jenayah.

Sehubungan dengan ini,majikan dan para pekerjanya  hendaklah menanamkan sikap possitif terhadap keselamatan perniagaan terbabit. Mereka hendaklah melindungi aset perniagaan yang ada itu dilindungi daripada risiko dan bahawa yang mungkin dicetuskan oleh orang-orang dalam mahu pun penjenayah-penjenayah dan anasir dari luar. Dan tanpa perkecualian,sikap kewaspadaan mestilah wujud dalam diri para pekerjadan khususnya majikan itu sendiri.

Salah satu perkara yang paling penting dalam menjalankan usaha-usaha keselamatan dalam perniagaan ialah membentuk satu dasar atau peraturan-peraturan tertentu dan wajar yang meliputi aspek-aspek kehendak majikan dan keperluan tanggungjawap kepada para pekerja sekalian mengikut tahap mereka.

Dalam dasar dan peraturan-peraturan yang diwujudkan itu hendaklah memuatkan nilai-nilai yang baik dan wajar bagi semua pekerja tanpa mengetepikan perhubungan yang baik dengan majikan.  Perkara-perkara ini hendaklah merujuk pada masalah-masalah yang berhubungkait dengan disiplin kerja,kebajikan para pekerja dan seumpamanya.

Di samping pewujudan peraturan-peraturan berkenaan, pihak majikan yang berkemampuan hendaklah memikirkan supaya bangunan di mana kegiatan-kegiatan perniagaan itu dijalankan boleh dipasang dengan alat-alat pencegahan jenayah, pencegahan kebakaran dan seumpamanya. Antaranya peralatan yang lumrah dipasang di kebanyakan bangunan perniagaan pada masa kini ialah alat penggera yang berfungsi untuk menarik perhati para pekerja dan pemilik perniagaan tentang adanya jenayah sedang berlaku atau hendak dilakukan oleh penjenayah.  Secara tidak langsungnya, alat penggera yang berfungsi itu akan menarik perhatian kepada penjenayah tidak meneruskan niat untuk melakukan jenayah. Atau sekurang-kurangnya para pekerja mengetahui perkara-perkara perlu dibuat apabila alat tersebut berbunyi.

Walaupun demikian, para pekerja tidak bertindak sesuatu tanpa pengetahuan mengenainya. Justeru, pihak majikan hendaklah melatih atau memberikan penerangan secara tetap atau berkala mengenai fungsi alat penggera tersebut dan tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil apabila ia berbunyi.

Untuk mendapatkan kesan yang positif dan lebih berkesan kepapa para pekerja,maka beberapa perkara hendaklah difikirkan oleh pihak majikan yang antaranya ialah:

  1. Memberikan latihan dan bimbingan kepada para pekerja untuk menangani sesuatu kejadian jenayah yang mungkin berlaku seperti rompakan, pecah bangunan dan curi dan lain-lain lagi.  Bagi majikan yang mempunyai atau yang menyewa perkhidmatan agensi kawalan keselamatan perkara ini tidak menjadi suatu masalah yang besar. Walau bagaimanapun, bagi majikan yang tidak mempunyai anggota kawalan, tenaga dan pandangan polis amat bertepatan dalam masalah tersebut.
  2. Para pekerja mungkin telah diberikan taklimat ringkas mengenai dasar niaga atau peraturan-peraturan disiplin yang wajip dijalankan. Namun demikian, ini tidak mencukupi. Sebaik mungkin,pihak majikan hendaklah mengadakan sesi taklimat kepada para pekerjanya demi menyegarkan minda dan mempertingkat pengetahuan mereka ke arah menentukan keselamatan dalam perniagaan terbabit.
  3. Pihak majikan hendaklah mengubahsuai kedudukan barangan-barangan yang terdapat dalam perniagaan terbabit agar pelanggan-pelanggan tertarik minat mereka untuk membeli. Dalam masa yang lain pula, pengubahsuaian ini juga boleh membantutkan niat pelanggan-pelanggan atau penjenayah untuk melakukan kerja-kerja jenayah kerana  barang-barang yang menjadi sasaran untuk melakukan jenayah terhadapnya telah beralih tempat.
  4. Pihak majikan tidak terlepas dari berhadapan dengan pekerja-pekerja yang bermasaalah. Untuk itu majikan harus bijak menangani perkara tersebut.  Dalam hal ini,majikan mempunyai dua pilihan yang sesuai. Pertama ialah hukuman setimpal ke atas mereka yang berkaitan. Kedua ialah memberikan pendidikan agar mereka dapat memperbaiki diri dan sekali gus mempertingkatkan mutu kerja mereka.

Dewasa ini,kejadian-kejadian jenayah sering berlaku ke atas bangunan perniagaan.  Justeru, pihak majikan dan para pekerja mestilah peka kepada bahaya sesebuah bangunan perniagaan. Apatah lagi, pada saman sekarang di mana ramai yang menjadi penagih dadah. Bagi mereka, peluang sentiasa diintipi demi mencapai hasrat jahat mereka  seperti memecah-masuk bangunan dan seumpamanya.

Jika majikan cuai dalam pengurusan keselamatan dalam perniagaannya, maka majikan yang akan menanggung kerugian.  Malah jika sikap sambil lewa berjalan berpanjangan, maka ada kemungkinannya perniagaan tersebut boleh “gulung tikar”.

Kesannya bukan sahaja.  Para pekerja boleh terbabit sama.  Antaranya ialah:

1.     Para pekerja mersa bimbang dan takut dalam menjalankan kerja-kerja mereka.  Kebimbangan ini bukan saja boleh wujud semasa berada di dalam bangunan tersebut,bahkan di luar persekitaran bangunan berkenaan. Malah ada sesetengah keadaan dimana kebimbangan itu ncakupi kepada kebimbangan terhadap keluarga mereka.

2.   Kesan yang lebih teruk lagi ialah berkemungkinannya, pihak majikan gagal memberikan imbuhan lebihan atau bonus kepada pekerja-pekerja walau pun sebelum itu pihak majikan sememangnya kerap mengadakan peruntukan-peruntukan tahunan seperti itu. Hal ini adalah merujuk kepada kerugian yang ditanggung oleh majikan terbabit.

3.   Seperkara lagi kesan buruk yang amat ditakuti oleh para pekerja  ialah pemberhentian kerja.  Pekerja-pekerja terpaksa mencari kerja lain untuk menampung sara hidup keluarga, terutamanya pekerja yang tidak berkemampuan. Sedangkan mencari pekerjaan bukanlah suatu langkah yang mudah. Majikan baru perlu melihat beberapa aspek sebelum seseorang itu diterima bekerja di tempatnya.

Melihatkan paparan berita-berita jenayah di media massa,terutamanya terhadap bangunan-bangunan perniagaan,ianya menunjukkan bahawa masih ada ruang  membolosi kejadian-kejadian itu berlaku di bangunan-bangunan perniagaan. Mungkin ada sesutau perkara yang perlu dilakukan agar keselamatan terhadapnya dapat dipertingkatkan.

Antara kejadian-kejadian jenayah yang sering berlaku di premis-premis perniagfaan ialah rompakan,pencerobohan masuk dan mencuri serta jenayah-jenayah lain.  Tidak kurang juga,jenayah yang berlaku itu bukan tunggal.  Terdapat jenayah seperti rompakan membabitkan pembunuhan atau kecederaan parah pada mangsa-mangsa terlibat.

Sehubungan dengan perkara tersebut,sewajarnyalah persoalan keselamatan diletakkan pada tingkat pengutamaan yang tinggi.  Justeru pentingnya keselamatan dalam sesebuah perniagaan, maka tugasnya bukanlah dipikul oleh majikannya sahaja,malah pekerja-pekerja turut memainkan peranan semaksimum mungkin, mengikut kemampuan masing-masing, sekalipun majikan telah mengadakan anggota-anggota kawalan keselamatan atau tugas itu telah diberikan kepada orang-orang tertentu.

Pekerja-pekerja lain hendaklah berkongsi sama melaksanakan keselamatan dalam perniagaan tersebut. Setidak-tidaknya, para pekerja hendaklah mempunyai sikap bekerjasama dan memberikan cadangan-cadangan yang berguna untuk disempurnakan. Pekerja-pekerja harus berfikiran bahawa pekerjaan yang dilakukan itu adalah suatu amanah yang manfaatnya bukan sahaja dirasakan di dunia malah di akhirat kelak.

Dan bagi orang-orang Islam,menjalankan kerja-kerja dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh adalah suatu tuntutan agama dan hasil yang diperolehi itu adalah barakah.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 2, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: