SIFAT HASAD DENGKI, SOMBONG, TAKBUR, MENGUMPAT, RIAK DAN MEMBUAT FITNAH ADALAH DILARANG OLEH AGAMA ISLAM


Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

Kita mengakui bahawa setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya.  Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri.  Umpat-mengumpat diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka-mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah.  Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik.  Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak bergitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan.

Itupun baru hal-hal dengan cerita di warong, lagi bertambah teruk apabila membuat fitnah dan mengumpat didalam internet atau di laman-laman blog.  Kadang-kadang kita terbaca bahawa umpat-mengumpat dan memfitnah di dalam laman blog tidak memberi apa-apa faedah kepada yang berbuat perkara tersebut.  Ianya seakan-akan sedap membicarakan perkara yang diada-adakan atau perkara-perkara yang tidak diketahui sebenar-benarnya. Bukankah perkara ini di kategorikan sebagai fitnah.

Oleh itu, jauhkan umpat-mengumpat kerana ia adalah sifat orang yang jahat dan rosak akhlak, ia sudah semestinya tidak layak diamalkan oleh orang Islam yang beriman. Tiada gunanya orang-orang yang mentaati suruhan Allah SWT seperti mengerjakan solat, berpuasa dan menurut perintah Allah SWT tetapi masih terus membuat fitnah dan umpat-mengumpat sesama kuam Islam sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain.  Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati?  Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)

Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyimpan hasad dengki didalam hatinya keatas saudara-saudara Islam yang mendapata nikmat kerniaan daripada Allah SWT apatahlagi mengumpat saudara-saudaranya sendiri.  Perbuat ini terlalu keji disisi Allah SWT.  Allah SWT telah berjanji akan memasukkan umatNya yang mengumpat, memfitnah bangsa sendiri, negara dan sebagainya ke neraka jahanam sekiranya mereka ini tidak sempat memohon apun dan bertaubat kepada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:

“Wahai orang yang beriman dengan lisannya shaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.

(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)

Hadis diatas menyatakan bahawa sifat hasad dengki itu tidak memberi faedah langsung kepada yang melakukannya, melainkan dendam dan perbalahan yang akan menjauhkan perpaduan.  Oleh itu jauhkanlah sifat hasad dengki, fitrah memfitnah.  Orang yang hasad dengki membakar diri dan hatinya.  Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah SWT sahaja.  Memfitnahkan saudara sendiri adalah dilarang oleh Islam sama sekali.  Hendaklah kita hindarkan daripada terus menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Kita seharusnya menjaga lidah kita supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang dilarang dan dilahnati oleh Allah SWT.  Janganlah kita membuat fitnah terhadap sesiapapun sama ada mereka itu saudara kita ataupun tidak tetapi haruslah diingatkan bahawa kesuluruh umat Islam adalah bersaudara yang datang dari satu kaum.  Sebab itulah Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam dan bukan hanya itu sahaja, kita sepatutnya menjauhi daripada mendengar perkara-perkara fitnah yang disampaikan oleh orang lain.

Oleh itu, jauhilah dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti membuat fitnah, mengumpat, mengutok dan menaruh hasad dengki terhadap saudara sendiri mahupun orang lain.

Kita telah diberi nikmat oleh Allat SWT maka hendaklah kita bersyukur kepadaNya.  Janganlah kita bersifat besar hati dan takbur kerana Allah SWT berkuasa mengambil kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.  Bersifat takbur itu adalah salah satu daripada satu cara Allah SWT boleh menghilangkan nikmatNya dari kita.  Ingatlah Allah SWT tidak suka kepada orang yang bongkak dan takbur.

Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahl” : ayat 23 yang bermaksud:

“Bahawasanya Allah SWT tidak suka kepada orang yang bersifat takbur”.

Janganlah kita lupa diri kerana banyaknya nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan rasa sepanjang hayat kita didunia ini.  Jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan, kerana kita sebagai umat Islam adalah bersaudara dari satu agama dan keturunan.

Kepada kita yang pernah melakukan perkara-perkara yang di larang ole Allah SWT hendak lah segera bertaubat kerana takut sekiranya kita tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun kepadanya maka kita dimasukan ke neraka.


About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 4, 2010.

12 Respons to “SIFAT HASAD DENGKI, SOMBONG, TAKBUR, MENGUMPAT, RIAK DAN MEMBUAT FITNAH ADALAH DILARANG OLEH AGAMA ISLAM”

  1. sekiranya kita d pulaukan apa harus kita buat…

  2. mohon share

  3. mohon share…

  4. mohon share jugak

  5. Orang yg bersifat demikian ramai juga yg selamat dan berjaya di dunia, jesteru ia semakin angkuh seangkuh Firaun, tanpa sedar esok atau lusa akan kembali juga ke alam baqa seterusnya ke padang mahar…

  6. assalamualaikum..
    izinkan sya share buat peringatan diri & teman2..
    tq

  7. renungkanlah

  8. mohon share diblog saya

  9. Dibenarkan dengan izin. Terima Kasih

  10. mohon share

  11. info yang bermanfaat.sifat mazmumah yang sentiasa wujud disekitar kita.perlu mujahadah untuk menanganinya

  12. mohon di share di fb :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: