IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI PEKERJA


Semperna sambutan hari Pekerja Sedunia yang jatuh pada setiap 1 Mei, saya ingin membawa tajuk yang berkaitan dengan hari sambutan tersebut ia itu IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI PEKERJA untuk renungan kita semua.

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah iaitu menguruskan dunia ini dengan sebaik mungkin mengikut standard piawaian atau peraturan yang ditetapkan-Nya.  Selepas itu manusia akan dikembalikan ke akhirat untuk menghadapi penilaian dan pengadilan sejauhmana prestasi melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah matlamat utama dan halatuju kehidupan manusia di dunia ini.

Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri , mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Menurut ajaran Islam, pada dasarnya  setiap pekerjaan orang Islam mempunyai  dua sasaran utama :

Pertama melaksanakan hak Allah SWT dan Keduanya melaksanakan muamalah sesama manusia seperti dalam politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pertanian, kesihatan dan sebagainya.

Saya amat yakin jika umat Islam dapat memenuhi dengan cemerlang melaksanakan  dua sasaran itu maka umat Islam akan memperolehi kejayaan hidup di dunia dan akhirat.  Bagaimanapun isu yang sering menjadi perbahasan hangat mengenai pekerja ialah kualiti pekerjaan dan kecemerlangan dalam usaha memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada dua pelanggan tadi iatu Allah SWT dan manusia.

Islam telah memberi peringatan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang  dan menjaga kualiti atau bersifat ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan.

Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam  melaksanakan sesuatu pekerjaan,

Dalam hadith terkenal yang diriwayatkan al-Bukhari menyatakan Malaikat Jibril mengajar Rasulullah SAW tentang perihal Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan.  Jika salah satu komponen ini tidak ada atau tidak difahami, maka kita belum menghayati Islam secara sempurna.

Memahami dan menghayati sifat ihsan ini akan membantu umat Islam mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Sifat ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk  mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin  seolah-olah pekerjaan kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT.

Rasullullah SAW pernah didatangi Jibril dan bertanya tentang ihsan:

Unsur penting sifat ihsan ialah bekerja secara profesional, menguasai bidang kerja, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Penghasilan yang baik sudah tentu menjadi hak pekerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk melahirkan ihsan atau sebaik-baik pekerjaan yang amat dituntut dalam Islam itu?. Berdasarkan dalil al-Quran, hadith Rasulullah dan pakar pengurusan,  prinsip ihsan meliputi perkara berikut:

Prinsip ihsan tidak berhasil jika semata-mata kuat beragama tetapi tidak menguasai ilmu dan kemahiran pekerjaan. Prinsip ihsan juga akan cacat jika hebat menguasai ilmu tetapi lemah dalam penghayatan agama. Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan pekerja yang bertanggungjawab, beristiqamah  dengan suruhan Allah SWT dan sekaligus mengutamakan kepentingan pelanggan dalam melakukan tugasannya,  samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, samada ketika bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan.

Pekerja yang melaksanakan tugas mengikut bidang yang ditetapkan dengan penuh ihsan dijanjikan pahala yang besar daripada Allah SWT.

Disin, saya ingin mengingatkan bahawa kecemerlangan sesebuah organisasi itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat dan tidak dapat kita capai tanpa ada perubahan ke arah peningkatan.  Selari dengan tuntutan ajaran Islam, Allah SWT telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan positif dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang.

Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan manusia  sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan harga diri pekerja. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja,  dan perbuatan negatif yang lain. Jangan mendapatkan rezeki atau kekayaan dengan sembarangan, dengan jalan haram, dengan jalan penipuan, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan menganiaya pihak lain dengan merugikan orang lain adalah wang dan kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia, jiwa pekerja pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang  diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan pada jiwa kita.

Semperna sambutan Hari Pekerja 2010 yang bertemakan:Pekerja berinovasi pemacu tranformasi,  maka marilah sama-sama kita memperkasa jati diri dengan menghayati sifat ihsan supaya setiap amalan dan pekerjaan kita memenuhi standard piawaian Allah dan memberi kepuasan kepada Allah SWT serta manusia sejagat.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 29, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: