ISLAM AGAMA PERDAMAIAN



Ajaran Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kesejahteraan sekalian alam. Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan manusia sebelum diutuskan baginda SAW atau lebih dikenali dengan zaman Jahiliah adalah dalam keadaan yang penuh dengan pelbagai kezaliman seperti pembunuhan, permusuhan dan keganasan. Sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat didapati tidak berfungsi dengan baik. Golongan lemah sentiasa ditindas dan golongan yang kuat terus menjadi kuat dan berkuasa. Peperangan dan pembunuhan berlaku secara berleluasa di sana sini. Anak-anak dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan, golongan wanita dipermainkan dan diperalatkan.

Apabila tertegaknya Islam, kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat dapat dikembalikan. Persaudaraan dapat dibina, wanita-wanita telah diberikan kedudukan dan golongan lemah juga telah terbela. Inilah janji Allah yang terkandung dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiyaa ayat 107:

Misi inilah yang telah disebarkan oleh junjungan Nabi SAW semasa menyampaikan misi dakwah kepada Herkules Maharaja Rom sepertimana yang terkandung di dalam suratnya yang berbunyi: “أَسْلِمْ تَسْلَمْ” iaitu yang bermaksud terimalah Islam nescaya kamu selamat dan sejahtera.

Islam adalah Agama berteraskan konsep penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.  Dasar utama yang diperjuangkan oleh Islam ialah mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan kepada semua. Keganasan, permusuhan, pembunuhan dan perpecahan bukanlah dari ajaran Islam. Pengertian kalimah Islam itu sendiri sudah membawa makna penyerahan, kedamaian dan kesejahteraan abadi untuk sekalian alam.

Perkataan Islam berasal dari Bahasa Arab “أَسْلَمَ يُسْلِمُ إِسْلاَمًا” yang bermaksud tunduk, patuh dan juga selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah SWT, berbeza dengan agama-agama yang lain seperti Kristian, Yahudi dan Budha yang meruju’ kepada individu, kaum atau pengasas ajaran tersebut. Sedangkan Agama Islam adalah Agama yang meruju’ kepada nama yang diberikan oleh Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 85:

Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa para rasul dan Islam yang diperjuangkan tidak pernah sunyi daripada tentangan dan serangan musuh-musuhnya. Kitab-kitab suci termasuk Al-Quran diingkari serta diperburukkan dengan pelbagai label. Demikian juga dengan para rasul-Nya yang di fitnah dengan pelbagai tuduhan seperti tukang sihir, tukang tilik, orang gila, pemecah masyarakat dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-nya dalam surah al-An’am ayat 112:

Demikian juga Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:

Kalau demikianlah penegasan Allah SWT, maka tidak hairanlah apa yang berlaku sekarang ini di mana kesucian Islam difitnah oleh musuh-musuh Islam dari pelbagai sudut. Fitnah dan pembohongan jahat sekarang ini telah dilakukan pula oleh seorang ahli Parlimen Belanda melalui filem ciptaannya “FITNA” yang memutarbelitkan beberapa ayat al-Quran yang didakwa Islam menganjur keganasan.   Filem tersebut yang telah diedarkan ke seluruh dunia tidak lama dahulu benar-benar fitnah dan propaganda jahat untuk memperburuk-burukkan Islam dan memporak-perandakan ummah. Kita menyokong penuh bantahan dan tindakan memulau barangan negara Belanda oleh negara-negara Islam di seluruh dunia.  Maka dengan secara tegas seluruh pemimpin Islam sedunia menyatakan bantahan terhadap jenayah dan kebiadaban ahli Parlimen Belanda tersebut, dengan menyeru seluruh umat Islam memulau semua barangan dan perkhidmatan negara Belanda.  Menerusi saluran undang-undang, umat Islam di negara ini akan terus membantah dan bertindak terhadap mana-mana individu dan pertubuhan lain yang sengaja memfitnah dan memburukburukkan agama Islam yang amat mulia ini.

Adalah satu hakikat bahawa perpecahan ummah akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dan ummah. Sesungguhnya munculnya beberapa fitnah dan serangan terhadap Islam mutakhir ini adalah kerana runtuhnya perpaduan ummah. Oleh kerana itulah Allah SWT melarang keras terhadap segala elemen perpecahan. Ini selaras dengan amaran Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 103:

Justeru itu, marilah kita semua pihak di negara kita tanpa mengira fahaman, agar bersatu padu atas satu matlamat perjuangan, iaitu untuk memelihara agama dan negara dari dicerobohi oleh musuh dari dalam dan luar negara.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60:

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 11, 2010.

Satu Respons to “ISLAM AGAMA PERDAMAIAN”

  1. http://pendapatansaya.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: