KEMULIAAN ORANG YANG BERILMU


Allah SWT telah menyatakan bahawa kelebihan orang yang menuntut ilmu sehingga setiap sesuatu akan memohonkan keampunan kepada penuntut ilmu tersebut.  Sesungguhnya ilmu dalam Islam berada di tahap tertinggi mengatasi segala-galanya.  Dengan itu ilmu lahirnya aqidah keimanan dalam diri seorang muslim yang merupakan asas penting dalam binaan Islam.

Keimanan tanpa ilmu bererti keimanan yang boleh dipertikaikan.  Amalan Islam daripada segi ibadah misalnya tanpa ilmu tentulah ianya tidak akan dapat mencapai kehendak ibadah itu sendiri.  Dengan ilmu jugalah Nabi Adam a.s. dilebihkan Allah SWT daripada malaikat dalam perlantikan sebagai Khalifah di muka bumi ini dan malaikat diperintahkan oleh Allah SWT sujud kepada Adam sebagai tanda hormat dan memuliakan kejadian.

Jika kita fikirkan tentang kepentingan ilmu dan betapa besarnya ganjaran orang yang menuntut ilmu seharusnya kita tidak melupakan orang yang mendidik iaitu ibubapa dan orang yang mengajar kita iaitu guru atau pendidik.  Bagi mereka yang menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadi semakin berkurangan.

Justeru, janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lain.  Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Begitulah pentingnya seorang pendidik untuk menyampaikan ilmu kepada manusia lainnya.  Golongan inilah yang mengabdikan hidup mereka kepada ilmu dan mendidik demi kelangsungan sesebuah tamadun.  Tamadun tidak akan terbina tanpa ilmu.  Jasa guru atau pendidik tidak ternilai.  Oleh itu mereka ini perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 25, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: