KEPERIBADIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAH


Keperibadian muslimin dan muslimah

Peribadi dan keperibadian adalah satu perkara yang selalu disuarakan, baik dalam ceramah2 atau  percakapan dan penulisan.

Masalahnya sekarang sudah sampai di manakah pembentukan peribadi umat pada umumnya dan khususnya bagi setiap muslim? Pertanyaan ini tidak diminta jawapan tetapi perlu dirasakan dengan kenyataan yang tidak boleh didustakan.

Inilah dikatakan “PENGHAYATAN” dan begitu pula tentang keperibadian itu, bukan setakat disuaragemakan, tetapi dihayati dan diwujudkan bagi setiap muslimin dan muslimah khususnya pemuda2 Islam sebagai penerus dan penyempurna terhadap tanggungjawab ditengah2 masyarakat.

Sesungguhnya ciri2 keperibadian muslimin dan muslimah sejati itu adalah di antaranya seperti berikut :

1. Mereka yang apabila disebut nama ALLAH dan sifat2nya gementarlah hati mereka.

2. Mereka yang apabila dibacakan kepadanya ayat2 ALLAH (al_QURAN) menjadikan mereka bertambah iman.

3. Mereka yang kepada ALLAH sajalah tempat bertawakkal dan berserah.

4. Mereka yang mendirikan solat.

5. Mereka yang membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 2,3 dan 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang2 yang beriman itu (yang sempurna iman) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah dan sifat2nya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Allah menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah, orang2 yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian dari apa Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang2 yang beriman dengan sebenar2nya. Mereka akan mendapat pangkat2 yang tinggi disisi Allah dan keampunan serta limpah kurnianya yang mulia (di SYURGA)”.

6. Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup khususnya ilmu agama.

Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang berkehendakkan dunia (kebahagiaan/kesenangan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat (kebahagiaan/kesenangan/keamanan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua2nya maka hendaklah juga mereka memiliki ilmu pengetahuan”.

7. Bimbingan dan didikan agar setiap muslimin dan muslimah itu cekap, cergas dan mampu melaksanakan ajaran Islam mengikut ajaran dan perinsip sebenarnya dengan lain perkataan mereka yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia dan terpuji.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang apabila membuat pekerjaan, dilakukan dengan bersungguh2 (tekun, amanah, bijaksana, ikhlas dan penuh disiplin)”.

Kesimpulannya ruh Islam (semangat Islam) dan keperibadian Islam itu hendaklah memancar dan bersinar di dalam sikap, akhlak tikahlaku dan tindak tanduk setiap muslimin dan muslimah dengan cara sedemikian insyaAllah akan terjelma dan lahirlah muslimin dan muslimah yang sejati.

About these ads

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 9, 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: