Cerapan Gerhana Matahari Cincin di Indonesia


g1Jakim telah menyertai kajian berkaitan Gerhana Matahari Cincin pada 29 Muharam 1430H bersamaan 26 Januari 2009 di Pantai Anyer, Jakarta, Indonesia.

Rombongan Jakim diketuai oleh Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan.  Turut sama dalam rombongan tersebut dari Jabatan Mufti Perak yang diketuai oleh Y. Bhg. Sahibus Samahah Dato Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria, Jabatan Mufti Selangor yang diketuai oleh Y. Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Fizik Universiti Malaya dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Aktiviti dimulakan dengan penerangan dan taklimat oleh ketua kajian, Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Zambri bin Zainuddin (UM) berkaitan aspek-aspek kajian yang perlu dilakukan. Bermula seawal jam 10.00 pagi segala persiapan telah mula dilakukan bagi memastikan aktiviti kajian dapat dijalankan dengan baik.

Alhamdulillah, sentuhan pertama matahari – bulan pada jam 3.19 petang (WPI) sehinggalah ianya berakhir pada jam 5.52 petang(WPI) telah dapat disaksikan dengan bantuan peralatan seperti Mirror Lens Maksutov, Coronado Solar Teleskop PST, Vixen 60S Teleskop dan banyak lagi. Agak malang sewaktu sentuhan maksimum awan yang agak tebal telah menutupi matahari seketika. Langit kembali terang ketika bulan mula meninggalkan matahari sehinggalah sentuhan terakhir pada jam 5.52 petang (WPI). g5 g6

Selepas solat Asar, diadakan solat sunat gerhana dan khutbah gerhana yang dipimpin oleh Y. Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor dan disertai oleh beberapa orang penduduk tempatan di situ.  Kejadian gerhana matahari merupakan salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Ia juga sebagai ujian kepada umat Islam untuk melihat sama ada mereka bersyukur kepada Allah SWT atau sebaliknya.

g21

Antara yang menarik perhatian semasa berlakunya gerhana.

g7

Khutbah gerhana disampaikan oleh Y. Bhg. S.S Dato’ seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes B Abd Wahid

Tarikh : 05 Februari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Penyelidikan
Editor : PRO JAKIM

Susunan: Lokman Hashim, Penerbit Mutiara Islam

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Februari 8, 2009.

 
%d bloggers like this: