Majlis Pelancaran Permuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia


Majlis Pelancaran Permuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia telah diadakan pada 26 Februari 2009 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kulala Lumpur sempena Seminar Takhrij Hadith Peringkat Kebangsaan. Majlis pelancaran Permuafakatan telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di JPM dengan kehadiran jemputan seramai 800 orang daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Objektif Pemuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia adalah:

1. Mewujudkan kerjasama dalam merangka program-program bagi

menyatukan ummah.

2. Melahirkan gabungan Ulama’ dan Umara’ dalam memperkasakan

dakwah dan syiar Islam di negara ini.

3. Mewujudkan rangkaian kerjasama dakwah di antara Alumni

Pengajian Islam Malaysia dan Alumni Timar Tengah.

4. Mewujudkan pangkalan data penceramah Alumni Pengajian Islam di

Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Pengajian Timur Tengah.

5. Melahirkan tenaga mahir dalam penguasaan bahasa arab di

peringkat nasional dan antarabangsa.

Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyalurkan sumbangan daripada pejabat Menteri sebanyak RM 150 ribu kepada Alumni Timur Tengah, Alumni Pengajian Islam Malaysia dan Persatuan Ulama’ Malaysia.


Tarikh : 03 Mac 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Dakwah

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 14, 2009.

 
%d bloggers like this: