IQRA: Kehebatan Empat Khalifah Terulung


001b

Kisah empat khalifah terulung selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman Affan dan Ali Abu Talib yang menjadi pengganti, penyambung dan pemimpin mengembangkan ajaran Islam wajar diperincikan sebagai panduan memperkukuhkan pegangan kita.

Bermula 11 Hijrah tanggungjawab aktiviti berdakwah dilakukan mereka. Kisah keperibadian, ketokohan dan cabaran keempat-empat khalifah itu yang keseluruhannya memerintah selama 30 tahun.
Abu Bakar al-Siddiq atau nama penuhnya Abdullah Abu Quhafah yang mendapat gelaran Siddiq kerana cepat membenarkan semua perkara dikhabarkan kepada Rasulullah daripada Allah, menjadi khalifah pertama selepas nabi wafat.
Sebahagian besar ulama wujud ikatan persahabatan erat serta persamaan antara Abu Bakar dengan Rasulullah dari segi memberi pandangan, kebaikan budi pekerti, keselamatan fitrah dan berfikiran jauh.

Antara pengorbanan Abu Bakar ialah menjaga Rasulullah, bersama-sama berpindah ke Madinah serta sanggup mempertaruhkan nyawanya demi Rasulullah, mengorbankan harta membeli tujuh hamba yang teraniaya dan bersedekah harta untuk jalan Allah.

Sepanjang dua tahun tiga bulan, Abu Bakar disifatkan pemimpin dan pentadbir hebat. Antara dasarnya mengirim tentera Usamah Zaid ke Balqa dan Darum melalui daerah perkampungan Palestin serta usaha mengumpul al-Quran.

Umar pula digelar faruq iaitu pemisah oleh Rasulullah, Keperibadiannya sempurna dan menjadi pemimpin adil, cerdas, hebat serta mampu berdakwah dengan bijak mengambil tempat sebagai khalifah kedua pada 14 Hijrah selepas kematian Abu Bakar.

Sumbangannya memperluaskan empayar pemerintahan Islam termasuk ke Parsi dan Rom. Beliau pemimpin pertama perkenal sistem Baitulmal serta cara membayar zakat, menyebarkan ilmu al-Quran dan fikah masyarakat Islam.

Khalifah ketiga, Usman memegang tampuk pemerintah Islam selama enam tahun bermula pada penghujung 23 Hijrah dengan antaranya memberi sumbangan membukukan al-Quran dan mengedarnya ke seluruh wilayah Islam.

Turut memperluaskan pemerintahan Islam di Tabristan, Syam, Turki; Mesir dan Utara Afrika. Selain itu memperkemas kini dan memperbaharui peraturan baru seperti memberi tanah kepada sebahagian pejuang bagi bekerja, mendiami dan mengembangkannya, mengkhususkan upah bulanan kepada juru azan di masjid, menganjurkan orang ramai mengeluarkan zakat, mewujudkan pasukan polis dan kali pertama membuat pasukan angkatan laut Islam.

Ali, menjadi pelengkap khalifah keempat. Namun, era pemerintahannya penuh dengan fitnah. Memberi penekanan kepada memikirkan pembaikan dan pembinaan masyarakat.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 18, 2009.

 
%d bloggers like this: