STRESS – Tekanan Diri


Stres adalah sesuatu biasa kita dengar namun kurang diperhatian oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai kesimpulannya stres merupakan situasi yang mengganggu atau membina kehidupan seharian. Kita harus tahu menangani stres tersebut supaya fizikal dan mental kita kembali tenang. Stres positif akan menjadikan kita lebih peka, bermotivasi untuk menghadapi cabaran dan membantu kita menyelesaikan masalah. Stres yang negatif pula berlaku bila fizikal kita bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu peristiwa atau situasi. Stres tidak boleh diabaikan sebarang perubahan awal seperti sebarang perubahan tingkah laku menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita.
Tanda-tanda stres adalah seperti ledakan kemarahan, keadaan tertekan, takut, risau keterlaluan, serta bimbang, hilang keupayaan untuk belajar, gelisah atau murung bila bersendirian, menjauhkan diri daripada kawan-kawan atau situasi sosial, hilang kegembiraan, kebahagian dan semangat, pemikiran bercelaru dengan memikirkan perkara yang negatif, sukar memberi tumpuan, tidak berupaya membuat keputusan walaupun dalam hal-hal kecil serta berubah menjadi seorang yang tidak bertolerasi, menyakitkan hati terutama ketika perbincangan atau percanggahan pendapat, gangguan tidur serta cepat marah.
Punca-punca stres adalah kerana masalah kewangan, rasa rendah diri, konflik rumahtangga/keluarga, bebanan kerja, masalah penyakit fizikal, kesesakan lalulintas, pesekitaran yang tidak selesa, tragedi atau kemalangan, kematian orang disayangi, kena buli atau dimarahi , menunggu lama, masalah perhubungan dengan kawan/pasangan dan sebagainya.
Bagi mengatasi stres dan dapat diurus dengan bijak, bolehlah diamalkan seperti bertenang dalam menghadapi situasi yang menyedihkan atau menakutkan, sentiasa menarik nafas dengan sedalam-dalamnya dan menahan nafas selama yang mungkin sebelum melepaskannya.
Selalu memotivasikan diri dengan relaks serta sabar menghadapi dugaan serta cabaran, beramal dan beribadat pada tuhan, sentiasa berdoa serta tidak meninggalkan solat, bercakap dengan seseorang yang disenangi, berurut, berehat sambil mendengar muzik yang perlahan, beriadah dengan keluarga dan kawan-kawan, sentiasa bersenam.
Melihat permandangan yang cantik, melihat ikan didalam air, melihat gambar orang yang disayangi, isteri/suami atau ibubapa dan anak-anak dan makan makanan yang berzat dan halal serta berfikiran positif lain-lain lagi.
Stres yang diurus dengan bijak akan memotivasikan diri kita agar lebih berjaya dalam kehidupan. Oleh itu uruskan dengan bijak sudah pasti ianya akan membuahkan sesuatu yang positif dalam diri dan kehidupan seharian.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 18, 2009.

 
%d bloggers like this: