RAKYAT PALESTIN TERIMA RM500,000 DARIPADA MAIWP


Tuan Haji Anan bin C. Mohd Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mennyerahkan <br /> replika cek berjumlah RM8536 bagi sumbangan daripada semua warga MAIWP <br /> termasuk agensi-agensi di bawah MAIWP
MAIWP melalui Bahagian Baitulmal telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada pihak Wisma Putra dalam usaha untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Bantuan tersebut akan diserahkan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi menambah bekalan ubat-ubatan dan keperluan peralatan kecemasan yang mampu mengurangkan penderitaan mangsa kekejaman Israel di Semenanjung Gaza.

Y.A. Bhg.Datin Paduka Seri Rosmah Mansur menerima sumbangan berjumlah RM500 000 <br /> daripada MAIWP yang disampaikan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi <br /> Menteri di JPM merangkap Pengerusi MAIWPMajlis penyerahan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin oleh Masjid Seluruh Malaysia yang diadakan pada hari tersebut. Pada majlis berkenaan Jabatan-jabatan Agama dan Majlis Agama Islam Negeri turut menyerahkan sumbangan terkumpul sebanyak RM2.7 juta untuk membantu rakyat Palestin. Sumbangan itu adalah hasil kutipan derma Jumaat tiga minggu berturut-turut yang diadakan di masjid-masjid seluruh negara. Pada majlis itu juga, Y.Bhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah menyerahkan sumbangan daripada semua pegawai dan kakitangan MAIWP termasuk syarikat-syarikat milik MAIWP iaitu PPZ MAIWP, IPB, Hospital PUSRAWI dan Kolej Kejururawatan PUSRAWI berjumlah RM8,356.

Ketika berucap di majlis itu, Datin Paduka Seri Rosmah Mansur berharap bantuan ini dapat diagihkan untuk membantu meringankan mangsa perang di Gaza. “Kita berharap dapat membantu membina semula hospital dan sekolah yang musnah dibom ketika berlakunya peperangan. Kita ingin lihat anak bangsa Palestin yang tidak berdosa terus dibela dan berpeluang untuk kembali bersekolah seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negara ini tidak seharusnya hanya bersimpati terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin tetapi turut berusaha untuk berbuat sesuatu bagi meringankan bebanan mereka.

Sumber: Baitumal, MAIWP

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 21, 2009.

 
%d bloggers like this: