Keseimbangan Rohani Dan Jasmani Dalam Keluarga Islam


Disunting Oleh: Lokman Hashim, MutiaraIslam

keluarga-3

Pendidik dan pelajar perlu menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai hala tuju supaya selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Persoalan yang biasa timbul bagi pengajar dan pelajar terutamanya yang masih baru dalam bidang pendidikan ialah bagaimana untuk merealisasikan dan mengaplikasikan teknik yang sesuai untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi dan intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan seperti yang terkandung dalam FPK di atas.
rj-1
rj-2

Meraih Kecerdasan Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani

Kehidupan ini sering dihujani dengan pelbagai pengaruh yang mampu menghanyutkan manusia kepada keseronokkan yang sementara namun menerima sengsara dalam jangka masa panjang. Oleh demikian, kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagaian hidup seseorang individu.  Malah dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri.

rj-3

rj-4

Jasmani merupakan badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan intelektual, rohani dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi seseorang itu wujud apabila dia mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang seimbang dan riadah.

rj-6

Kecerdasan Intelektual bekerja di otak kiri dalam memproses logik, ucapan, matematik dan susunan dan biasanya disebut sebagai kecerdasan akademik. Kecerdasan ini diajar dan dilatih secara berterusan melalui keluarga, institut pengajian dan tempat kerja.

rj-8

Terdapat sembilan jalan yang mampu membentuk kecerdasan emosi dan rohani, iaitu apabila individu itu mempunyai sikap sabar, syukur, tawaduk, baik sangka, amanah, hubungan silaturahim, tawakal, ikhlas dan takwa.

Antara kaedah melatih diri menjana kecerdasan emosi dan rohani adalah dengan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Manusia yang cerdas emosi dan rohani adalah insan yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk meraih dan tetap berada dalam sembilan sikap yang sememangnya diajar dalam Islam sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi.

rj-91rj-10

rj-11

rj-12
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.  Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 23, 2009.

 
%d bloggers like this: