NAJIB PATUT AMBIL CONTOH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI “QUDWAH HASSANAH”


RAKYAT IMPI UMNO AKAN BANGUN SEMULA

KELOHAN MINDA PENERBIT

S

udah banyak kita dengar mengenai seruan supaya Umno berubah jika tidak mahu diubah oleh rakyat, terutama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.  Selepas ini kita mahu ungkapan itu dialihkan kepada suatu tindakan konkrit, bukan lagi sekadar cakap politik atau retorik bagi penyedap telinga mendengar.

Apa yang dihasratkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak hendaklah diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan kerja kuat ke arah itu. Kita yakin Najib yang bakal menerajui Umno cukup sedar mengenai keperluan perubahan besar itu yang bukan saja membabitkan struktur, malah haluan dan matlamat parti perlu melalui anjakan paradigma dengan jelas. Kita tidak mahu laungan Umno perlu berubah yang berkumandang selepas pilihan raya umum Mac 2008 tahun lalu dan ketika kempen pilihan raya kecil lalu, hanya sekadar menjadi halwa telinga ahli Umno dan orang Melayu, tanpa sebarang tindakan konkrit. Sebaliknya, kita lihat pemimpin parti sibuk berkempen untuk mempromosi diri supaya terpilih dalam Perhimpunan Agung Umno sekarang, tanpa memikirkan masa depan parti yang semakin merosot pengaruhnya sehingga dipersoalkan banyak pihak, selain mengguriskan hati orang Melayu.

Jadi ucapan Najib ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno kelmarin, sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan besar jika Umno ingin terus meniti hayatnya dalam arus politik negara.  Kata-kata Umno berubah atau rebah yang diungkap Najib itu sepatutnya difikirkan bukan saja ahli Umno pada perhimpunan kali ini, malah seluruh umat Melayu yang selama ini menjadi kekuatan kewujudan Umno yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Pengalaman pahit dilalui parti Kongres India, Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun dan Golkar, Indonesia, perlu dijadikan iktibar kepada kepemimpinan Umno jika ingin melihat Umno terus mara.  Jangan asyik memikir kepentingan diri untuk berkuasa saja sehingga melupakan matlamat parti dan melindungi orang Melayu.  Pada usia 63 tahun, Umno sudah masuk ke peringkat zon selesa yang memerlukan pengorbanan cukup besar untuk mengubahnya. Kita yakin Najib mampu melakukannya dengan sokongan 4,885 perwakilan yang memilih bakal pemimpin, bukan saja bersih daripada rasuah dan penyelewengan, malah perlu mempunyai kekuatan dalaman untuk berubah dan memenuhi hasrat generasi baru Melayu. Cukuplah dengan apa yang kita alami selama ini. Rakyat sudah cukup muak dengan kemelut politik yang timbul, halangan di depan terutama dalam menangani krisis ekonomi masih menghantui kita.

Bagi memperbetulkan visi dan hala tuju Umno, Najib perlu mengangkat pemimpin muda yang dinamik dan mengekal pemimpin veteran yang mahukan perubahan bagi mengembalikan maruah Umno sebagai parti pemerintah dan penyelamat orang Melayu. Kemampuan Umno untuk bangun semula bukan saja menjadi impian orang Melayu, malah kaum lain yang mahukan parti itu menjadi pelindung negara dalam konteks lebih baik dan meyakinkan.  Barisan kepemimpinan baru dan ahli Umno keseluruhannya perlu berubah minda, bukan lagi menjadi kumpulan `pak turut’ yang hanya menjadi peminta sumbangan dan perlu bangun mengubah persepsi masyarakat terhadap Umno.

Minda Penerbit menyeru NAJIB dan barisan pemimpin pemimpin UMNO mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. sebagai “Qudwah Hassanah“.  Rasulullah s.a.w. yang telah berjaya memimpin umat islam di Mekah yang ketika itu dilembah kehancuran.

Jadi eloklah saya mengesyorkan NAJIB beberapa perkara bagi memakmurkan kembali negara kita terutama orang melayu dan umat islam Malaysia keselurohannya seperti berikut:

Jadi dirimu sebaik-baik pemimpin seperti :

qudwah-hassanahqh-1

Saudara ku NAJIB, bacalah dan fahamkanlah serta memperatikkan  firman Allah s.w.t. dalam surah an-Naim Ayat 3-4 yang berbunyi:

qh-3

Sekiranya engkau, wahai NAJIB, berpandu kepada firman Allah s.w.t diatas, nescaya engkau akan memimpin UMNO dan Malaysia kejalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Jangan lah engkau ikut jejak si Pak Lah yang telah mengecewakan orang-orang melayu kecuali KJ dan pengikut-pengikutnya.  Hendaklah engkau wahai NAJIB memahami firma Allah s.w.t. yang serusnya yang berbunyi:

qh-4

Ingatlah wahai NAJIB, kesabaran mu telah terbukti bahawa engkau akan memimpin UMNO dan Malaysia dari sekarang.  Walaubagaimana pun, hendaklah engkau membuktikan bahawa engkau adalah benar benar pemimpin yang menjalankan tugas mu berlandaskan ciri-ciri islam yang sejati.

Ikutilah jejak Rasulullah s.a.w. yang memerintah islam dengan seadil-adilnya seperti berikut:

qh-5

Wahai NAJIB, pimpinlah UMNO dan Malaysia dengan sebijak-bijaknya seperti yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

qh-6

Wahai NAJIB, ketahuilah bahawasanya:

qh-7

Pesanan untuk mu wahai NAJIB:

qh-8

Akhirkata, wahai NAJIB yang dihormati, pimpinlah negara Malaysia yang hampir kecundang ini dengan  seadil-adilnya.  Gunakanlah akal mu yang difitrahkan oleh Allah s.w.t. dengan bijak agar Malaysia makmur pada masa pemerintah mu akan datang ini, wahai NAJIB.  Jangan perintah cara Pak Lah, ikut cara MAHATHIR yang bijaksana, contohilah beliau sebagai pemimpin yang bijak yang telah mengharumkan Malaysia. Ikuti lah pesanan berikut dalam kemsipulannya untuk mentadbirkan negara ini:

qh-9

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Y.B. Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinannya untuk merajui UMNO dengan berkesan dan bijaksana bagi kepentingan politik orang melayu.

Sekian, wassalam.

Lokman Mohd Hashim -Penerbit, Mutiara Islam

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 26, 2009.

 
%d bloggers like this: