UJIAN ALLAH : MENGUJI KEIMANAN


menguji-keimanan

Bertaqwalah kepada Allah S.W.T. kerana dengan itulah sebaik-baik bekalan di akhirat nanti. Mudah-mudahan ilmu yang akan disampaikan ini dapat mensucikan lagi rohani dan jasmani, seterusnya mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Rabbul ‘izzah.  Marilah sama-sama kita melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dimurkaioleh Allah S.W.T ., mudah-mudahan akan meningkatkan lagi kualiti modal insan yang soleh.picture112

Blog MUTIARA ISLAM kali ini ingin mengajak para pembaca sekalian bermuhasabah tentang fenomena malapetaka dan bencana alam yang berlaku di Malaysia mahupun di Dunia. Marilah sama-sama kita melahirkan rasa insaf di atas segala musibah yang menimpa kita dan negara.

bukit_musnah-300x201

Firman Allah S.W.T. di dalam surah an-Nisa’, ayat 79:

ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ ﰖ ﰗ ﰘ

ﰙ ﰚ

Maksudnya:

“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”

Mulai tahun  2005, kerajaan Malaysia telah menetapkan 26 Disember setiap tahun sebagai Hari Kesedaran Bencana  Negara. Tarikh ini diambil sebagai peringatan terhadap beberapa kejadian bencana besar yang telah melanda negara. Antaranya, kejadian ribut tropika Gred yang melanda pantai Barat pedalaman Sabah pada 26 Disember 1996, gempa bumi dan tsunami yang dahsyat pada 26 Disember 2004.

tsunami

Di samping itu juga, sejak kebelakangan ini negara kita sering menghadapi keadaan bencana yang agak luar biasa. Pada tahun 2005 dan 2006 negara telah mengalami jerebu yang amat teruk di seluruh negara, banjir besar  di negeri Pelis, Kedah dan Johor dan pelbagai bencana lagi. Bencana-bencana ini telah mengakibatkan kesulitan besar yang memusnahkan harta benda, nyawa dan membawa pelbagai wabak penyakit, di samping memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Persoalan besar timbul dalam fikiran kita ialah apakah punca berlakunya bencana dan malapetaka ini? Menurut teori sains geologi, terdapat 3 faktor yang menyebab fenomena bencana alam ini berlaku:

Pertama, kejadian bencana ini boleh berlaku akibat faktor-faktor semulajadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami.

Kedua, faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menjangkiti haiwan dan manusia.

Dan yang ketiga, bencana alam ini berlaku akibat daripada kelemahan manusia sendiri kerana aktiviti pembangunan yang tidak terancang, dilakukan di kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur, penggunaan pengangkutan berat dan sebagainya.

Ditinjau dari sudut Islam pula, fenomena bencana yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri iaitu;

Pertama: Untuk menguji ketaqwaan manusia kepada Allah S.W.T. Kedua: Sebagai amaran kepada manusia. Dan yang ketiga: Balasan atas kelalaian dan keingkaran manusia kepada peraturan dan ketetapan alam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah ar-Rum, ayat 41:

ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ

ﰌ ﰍ

Maksudnya:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan dan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Sebagai langkah dan ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan penderitaan mangsa-mangsa bencana, maka pemimpin politik, agensi-agensi kerajaan dan ketua-ketua masyarakat perlu bijak mengurus dan mengambil langkah awal dalam mengumpul maklumat mengenai semua anak buah mereka, di samping mengenalpasti tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku sesuatu bencana dengan cara mengenalpasti pusat pemindahan, jabatan yang harus dihubungi, menjaga kebajikan serta mengingatkan anak-anak buah supaya bersedia menghadapi bencana.

Selain itu, Kerajaan juga amat mengharapkan Pertubuhan Sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai contoh, perlu sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam pengurusan bencana. Tidak kira samada kerjasama tersebut dari sudut bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya. Namun, apa-apa jua tindakan yang diberi perlulah merujuk kepada kerajaan terlebih dahulu.

Ini kerana, kadang kala sumbangan yang diberikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) menimbulkan tanggapan yang salah oleh mangsa bencana kepada kerajaan. Mereka mengatakan bahawa kerajaan tidak berusaha menjaga kebajikan mangsa bencana. Ada juga di kalangan mangsa bencana ini mengatakan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan sumbangan dengan memberikan sumbangan yang lebih kepada kawasan-kawasan tertentu.

Selari dengan dasar dan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat jelata, maka Kerajaan sedaya upaya dan sentiasa memberi bantuan dan pertolongan kepada mangsa bencana secara menyeluruh dan sama rata. Pengagihan sumber-sumber yang ada diagihkan dengan adil demi menjaga kepentingan rakyat.

Kita hendaklah ingat bahawa kita ini adalah hamba Allah S.W.T dan kita wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah dan kemudahan dan nikmat.

Untuk membebaskan negara dan bangsa kita dari pelbagai bencana, kesulitan dan wabak penyakit, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, gotong-royong dan menggunakan kemahiran ilmu pengetahuan sahaja tetapi seluruh masyarakat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat mestilah sentiasa menghormati syariat Allah S.W.T dengan tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan banyak bertaubat kepada-Nya.

menguji-keimanan-1

Kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Ibnu Abbas, iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan:

“Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh rakyat, pemimpin, cerdik pandai dan ulama’ yang terus menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat”.

Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusia bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran.  Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang kesilapan dan kembali kepada Allah S.W.T dengan bertaubat.

menguji-keimanan-2

menguji-keimanan-3

Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi. Umat Nabi Nuh a.s telah ditenggelamkan oleh ombak yang tinggi seperti gunung, umat Nabi Musa a.s pula telah diturunkan bala dalam bentuk taufan dan serangan kutu, katak dan air berdarah. Begitu juga kaum Nabi ‘Aad dan Tsamud yang dihapuskan dari muka bumi kerana kesan bencana. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah S.W.T. agar tidak mengikut jejak kaum-kaum yang ingkar kepada Allah S.W.T.

menguji-keimanan-4

Justeru itu, sebagai individu muslim, wajib ke atas kita menganggap setiap musibah yang menimpa adalah datangnya dari Allah S.W.T. sebagai memberi peringatan bahawa kepada-Nyalah kita akan kembali, begitulah juga dengan segala apa yang kita miliki. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 156:

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ

Maksudnya:

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 29, 2009.

 
%d bloggers like this: