“MEWARISI TUGAS RASULULLAH S.A.W”.


Picture3

Semua nabi dan rasul sama ada yang disebutkan dalam al-Qur’an atau tidak adalah mengajar kepercayaan agama yang sama iaitu agama yang Allah s.w.t. namai dengan ISLAM.  Justeru itu, semua nabi dan rasul itu beragama Islam. Begitu juga dengan pengikut-pengikut mereka.

Bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di muka bumi untuk seluruh umat manusia dan untuk digunapakai dalam semua zaman.  Sedangkan rasul-rasul sebelumnya hanya diberi tugas untuk membimbing kaum-kaum tertentu dan pada masa-masa tertentu sahaja.

Ini dapat kita fahami di mana sebelum Rasulullah s.a.w wafat, al-Qur’an ada menyatakan bahawa agama Allah telah disempurnakan, kecintaan Allah kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah akan terus dijaga.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

mewarisi-tugas-rasul-1

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu al-Qur‘an dan as-Sunnah. Hal ini diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda sedang gering dengan pesanan kepada umat Islam bahawa mereka tidak akan sesat jika berpegang teguh kepada kandungan al-Qur‘an dan as-Sunnah serta memperoleh keselamatan di dunia dan di akhirat.

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang berbunyi :

“Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Dalam al-Qur’an telah disebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir, dan Nabi sendiri mengakui bahawa baginda adalah rasul terakhir.  Penjelasan al-Qur’an dan pengakuan Nabi Muhammad itu menjelaskan bahawa manusia tidak memerlukan lagi wahyu dan rasul-rasul baru kerana agama Allah telah cukup sempurna dan lengkap.

mewarisi-tugas-rasul-2

Persoalan besar timbul ialah apakah peranan para pembaca dan umat Islam sekalian dalam usaha membuktikan kasih sayang, kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah s.a.w?. Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan nasihat Rasulullah s.a.w?.

MINDA PENERBIT ingin mengingatkan para pembaca dan umat Islam supaya berwaspada tentang kemuculan rasul-rasul palsu, rasul Melayu palsu, dan guru-guru ajaran sesat yang mengaku sebagai tuhan.

mewarisi-tugas-rasul-3

mewarisi-tugas-rasul-6

Ajaran seperti Qadiani atau Jemaah Ahmadiah serta Rasul Melayu, adalah antara ajaran yang berasaskan rasul atau nabi palsu. Apabila pihak-pihak tertentu di Barat secara meluas menghina Rasulullah s.a.w, maka telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa mereka yang menolak al-Qur’an dan menentang sunnah Rasulullah s.a.w di negara ini juga adalah dikategorikan sebagai perbuatan menderhaka kepada Allah s.w.t dan menghina Rasulullah s.a.w.

mewarisi-tugas-rasul-4

Sementara kita masih ada sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga; apakah tugas yang kita boleh bantu untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas Rasulullah s.a.w.   Oleh itu, sempena dengan semangat sambutan maulidur rasul yang telah kita lalui bersama, MINDA PENERBIT ingin menasihatkan bahawa kita boleh membantu menyambung amanah Allah dan Rasulullah s.a.w ini dengan cara-cara berikut:

mewarisi-tugas-rasul-51

Dan marilah kita ikuti Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

Akhir sekali, saya sebagai pengarang MINDA PENERBIT menasihatkan seluruh umat islam Malaysia mematuhi ajaran islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada kesimpulan dibawah ini :

mewarisi-tugas-rasul-7




~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 30, 2009.

 
%d bloggers like this: