REALITI CARA KEHIDUPAN UMAT ISLAM MALAYSIA DEWASA INI



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Pembaca Muslimin Dan Muslimat Yang Saya Hormati Dan Dirahmati Allah SWT,

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar kita dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya di kalangan hamba-hambaNya. Menjadikan dunia ini sekadar persinggahan, tempat  beramal dan berusaha yang akan dituai hasilnya di akhirat kelak.

minda-12-6

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

minda-12-13

Sehubungan ini, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang pembaca yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

minda-12-12

Minda Penerbit Siri kali ini ingin mengetengahkan isu bersambit dengan akhlak umat Islam masa kini yang bertajuk “REALITI CARA KEHIDUPAN UMAT ISLAM MALAYSIA DEWASA INI”.

Jika kita merenung sejenak kepada realiti cara kehidupan umat Islam hari ini terutama di negara kita sendiri iaitu Malaysia yang dicintai, hati kita akan menjadi resah. Kemungkaran, maksiat, jenayah dan seumpamanya masih lagi berlaku di mana-mana. Ayat-ayat Allah SWT semakin dilupakan, demikian juga sabdaan Rasulullah SAW.

Cara kehidupan umat Islam di negara kita seolah-olah dijajah dengan pengaruh-pengaruh luaran yang bermotif untuk mengahancurkan umat Islam yang ada diatas bumi ini. Caranya adalah terlalu halus tetapi ianya sudahpun menjadi duri dalam daging umat Islam negara ini. Umat Islam di negara ini ditaburi dengan realiti kehidupan yang telah menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang asal dan yang dipereintahkan oleh Allah SWT.

minda-12-2

Kita yakin bahawa semua orang mendambakan syurga, ingin mengecapi segala nikmat di dalamnya. Alhamdulillah agak ramai yang telah berpeluang mendapat pendidikan agama Islam, belajar fardhu ain dan tak kurang juga yang menghadiri kuliah serta pengajian di surau-surau dan masjid. Namun pada masa yang sama, jauh lebih  ramai lagi  bilangan mereka yang  sering melakukan perbuatan yang seolah-olah mahu mencampakkan dirinya ke dalam neraka.

minda-12-3

Lihatlah di dataran-dataran, konsert dan karnival hiburan. Biasanya akan dibanjiri oleh ribuan manusia dari pelbagai lapisan termasuk bayi dan anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa yang dibawa oleh kedua ibu bapanya  yang rockers suka melepak bersantai atau mendakwanya sebagai reakreasi keluarga..!! Yang ketara sekali ialah konsert yang dianjurkan oleh sebuah channel televisen negara ini setiap bulan yang diselikan dengan karnival jualan amal, kononnya. Konsert yang di pertonjolkan telah sedikit sebanyak melalai umat Islam, leka dengan apa yang dipersembahkan dan tidak menghiraukan masa hingga berlarutan ketengah malam dan ada yang sampai ke pagi. Pihak kerajaan tutup sebelah mata dengan alasan semata-mata ianya mendatangkan hasil dan pendapatan kepada negara.

Amatlah menyedihkan lagi para pelaku dosa dan maksiat ini yang tidak merasa berdosa, hanyut tenggelam dengan dunia dan nafsu. Menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan, melahirkan anak-anak haram malahan tak kurang juga yang membuang dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa itu. Tertanya dihati kecil ini, mengapakah perkara ini berlaku dengan sewenang-wenangnya? Tidak kah persalah ini takut dengan azab api neraka? Apa kah erti dosa kepada mereka? Cuba kita lihat sebahagian gambar kanak-kanak kecil yang baru dilahir yang belum tahu apa erti kehidupan sebenar dibuang bergitu sahaja tampa rasa bersalah dan tiada peri kemanusiaan. Ini kah cara kehidupan yang di cerminkan oleh umat Islam Malaysia kepada masyarakat dunia?

minda-12-5

Amalan riba dan rasuah terus mewarnai dunia ekonomi ummat Islam yang lalai. Rakus mencari kekayaan serta melupakan keberkatan. Ini satu lagi penyakit duri dalam daging yang berluas-luasa bermain didalam sebahagian ramai masyarakat melayu terutama yang beragama Islam. Tidak ada persaan takut terhadap penciptanya. Tidak ada perasaan halal pada diri sendiri dengan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT. Mereka ini hanya memetingkan hanya wang semata-mata untuk kesenangan peribadi masing. Persoalannya adakah mereka ini dijauhi oleh azab api Neraka?

minda-12-14

Peradaban dan tradisi Islam sudah semakin menipis. Anak-anak sudah kurang menghormati ibu bapa, bahkan ada yang sudah tenat sehinggga sanggup membunuh ibu bapa atau datuk nenek mereka sendiri. Generasi tua sudah jadi hilang kuasa sementara anak muda hilang punca.

minda-12-71

Kalau dulu anak-anak muda bermain gasing, berpancak silat atau bermain kompang namun  hari ini mereka lebih suka berlumba motor dan berpeleseran di mana-mana. Sifat malu sudah hilang dari dalam diri mereka. Gaya hidup bebas  menjadi kebanggaan. Fesyen rambut dan cara berpakaian memang sudah lama mengalami perubahan demi perubahan yang menjadi kegilaan para remaja mahu pun dewasa. Berseluar lusuh, berbaju ketat dan pendek, berbaju labuh tetapi nipis  tidak segan silu untuk digayakan…

minda-12-4

Bagaimanakah wajah masyarakat Islam di masa akan datang??  Yang pastinya akan dipimpin oleh generasi muda hari ini . Mampukah maruah umat Islam terus dipertahankan?? Mampukah umat Islam menjadi pemimpin dunia dengan imej yang di segani ?? Mampukah negara-negara umat Islam dipertahankan dengan kekuatan  dan semangat waja dari musuh-musuh yang sentiasa ingin  berkuasa?? Persoalan demi persoalan boleh kita ajukan, namun jawapannya masih tidak pasti. Mungkinkah ketidak pastian ini kita hapuskan dari minda umat Islam?

Ya boleh…  Jika umat Islam ini sedar dari mimpi lekanya, bangkit mengorak langkah dengan azam dan cita yang tinggi. Sedar siapa mereka.. Mempunyai identiti Islami yang tersendiri, mempunyai maruah. Kita tidak mahu lagi berteori, berseminar dengan menghasilkan lakaran-lakaran di kertas putih. Tetapi kita mesti melaksanakan segala teori-teori yang sudah bertimbun itu, memenfaatkan segala pengalaman-pengalaman yang ada. Tak kira pengalaman individu, bangsa mahu pun tamadun.  Berada di gelanggang kehidupan yang sebenar berpijak dibumi nyata. Kita harus tekadkan keperibadian “AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR” didalam diri kita untuk menjamin umat Islam yang terpensong jauh dari landasan Islam yang sebenar-benarnya.

minda-12-8

minda-12-9

Kita bukanlah ummat yang fakir…  kita sebenarnya telah mewarisi pusaka berharga  peninggalan para Nabi dari segi sejarah dan bimbingan  disamping Al Quran mukjizat yang kekal. Inilah aset yang kita punyai… yang perlu kita laburkan dengan bijak untuk memperolehi keuntungan hakiki. Selain itu kita punya aset fitrah. Iaitu secara fitrahnya manusia itu mahu kepada kebaikan dan kecenderungan untuk beragama.

Menurut Asy Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya Inilah Islam: “Aset fitrah ini amat hebat dan menggerunkan. Ia tidak mampu dilemahkan oleh semua timbunan yang menutupnya. Secara fitrahnya manusia mahu mencari Tuhan dan menuju kepada Tuhan. Kenapa mesti menipu diri sendiri?? Mencari sesuatu yang lain yang akhirnya merosakkan diri sendiri, merosakkan kehidupan seluruhnya.

Inilah yang dikatakan melanggar fitrah, menyimpang dari  kebenaran walaupun diketahui ia adalah perlakuan engkar dan mungkar.  Jiwa sering menjerit kerana dihidangkan makanan yang tidak serasi dengannya, mendahulukan nafsu dari rohani… tetapi tidak dipedulikan. Berilah peluang kepada diri sendiri  untuk berubah.. Mengapa terus terusan  memaksiati Allah??

Oleh itu, marilah kita sebagai umat Islam negara ini sayangkan negara kita dengan berdakwah kepada remaja-remaja kita supaya kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenarnya yang di redhai oleh Allah SWT.

minda-12-10

Ingatlah firman Allah SWT didalam surah “Al-A’laa” – Ayat: 14-17 yang bermaksud:

minda-12-111

Sehubungan dengan itu, saya menyeru muslimin dan musliman negara ini supaya kita sama-sama memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah SWT Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat. Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-masa menyeru anak-anak muda kita yang tersesak jalan atau terkeluar dari landan Islam agar kembali kepangkal jalan yang harus ditujui. Serulah mereka agar bertaubat kepada Allah SWT supaya mereka diredhai oleh Allah SWT dan akan menjadi hamba-hambaNya yang dihormati pada masa akan datang. Taubat kepada Allah SWT diatas apajua kesalahan yang telah kita lakukan adalah semulia-mulia perbuatan disisi Allah SWT yang disukai olehNya.

menguji-keimanan-2menguji-keimanan-3

menguji-keimanan-4

Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah SWT dan penuh yakin dengan janji Allah SWT yang pasti benar dan akan berlaku dengan kehendakNya.

Firman Allah SWT dalam Surah “Ar-Rum” – Ayat: 47 yang maksudnya:

minda-12-121

Dan ingatlah janji Allah SWT kepada umatNya bahawa:

minda-12-15

Sekianlah serba sedikit daripada saya sebagai pedoman hidup kita didunia ini semoga kita dilindungi dengan rahmat Allah SWT serta mendapat keredhaan dariNya untuk terus hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini.

Wassalam.

Oleh:
Lokman Mohd Hashim
Penerbit – mutiaraIslam.wordpress.com

tajuk-lain-laman-ini1laman-utama-mutiara-islam1


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 9, 2009.

 
%d bloggers like this: