KEHIDUPAN DI DUNIA PENENTU BAHAGIAAN DI AKHIRAT


minda-13-8

Segala pujian bagi Allah S.W.T., Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas jujungan besar Nabi Muhammd S.A.W., ahli keluarganya, sahabat-sahabat r’ ‘anhum dan sesiapa yang mengikutinya dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.


Alhamdulilah dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya telah tercetus satu ilham untuk saya memertabatkan satu tatapan Rohaniah yang yang berjudul “KEHIDUPAN DIDUNIA PENENTU KEBAHAGIAN DI AKHIRAT” yang diterbitkan didalam laman MINDA PENERBIT siri ke 13 kali ini.

Terlebeh dahulu, saya berpesan kepada diri saya dan sidang pembaca muslimin dan muslimat sekalian agar sentiasa mempertingkatkan takwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan tegahanNya. Sesungguhnya iman dan taqwa adalah penentu kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

minda-13-5

Saya ingin mengingatkan bahawa kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang berkekalan dan tiada berkesudahan. Ganjaran dan balasan di akhirat sangat setimpal dengan amalan setiap makhluknya. Ini adalah bukti keadilan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu berkait rapat dengan kehidupan kita semasa di dunia ini. Jika amalan kita soleh, maka sejahtera dan berbahagialah kita di akhirat kelak. Tetapi sekiranya amalan kita buruk, maka derita dan sengsaralah kita.

minda-13-6

Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa ibadah solat, puasa, berzakat dan mengerjakan haji hanya mengambil sebahagian kecil daripada masa hidup kita di dunia ini sahaja. Manakala selebihnya kita banyak mempergunakannya untuk mengejar kebahagiaan hidup di dunia dengan pelbagai pekerjaan lain. Persoalan penting di sini ialah adakah masa yang kita habiskan untuk mengejar kebahagiaan hidup dunia itu tergolong dalam amalan soleh sebagai bekalan di akhirat nanti?. Umpamanya cara kita mendapatkan keperluan makanan, pakaian, rumah, kenderaan, pangkat, memperjuangkan agama dan bangsa, mempertahankan tanah air dan sebagainya.

Jelasnya Islam menuntut supaya umatnya sentiasa memperhati dan mengawasi setiap amal yang dikerjakan. Ini kerana di akhirat nanti Allah SWT akan bertanya kepada umat manusia tentang segala nikmat yang mereka perolehi semasa di dunia dahulu. Ini bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

minda-13-1

Allah S.W.T. menciptakan manusia supaya menyembahNya dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia ditugaskan untuk memikul amanah besar dalam kehidupan yang pendek ini dan bukan sekadar berseronok-seronok. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan pula untuk kehidupan yang kekal abadi.

minda-13-7

Justeru itu, setiap pekerjaan kita di dunia ini perlu berkonsep memperhambakan diri kepada Allah SWT dalam sebarang kegiatan sama ada politik, ekonomi, pendidikan, sosial, hiburan, sukan dan sebagainya. Memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. dalam sesuatu pekerjaan duniawi mestilah antara lain mematuhi perkara-perkara berikut:

minda-13-2

Tegas Allah S.W.T. lagi, dalam mencapai apa juga tujuan dan matalamat dalam kehidupan, Islam telah menetapkan panduannya iaitu bercirikan ta’abuddi dan ihsan dan tidak sama sekali menghalalkan semua cara. Menghayati tiga prinsip tersebut akan terhasillah sesuatu pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah yang menjadi bekalan untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Inilah makna pengabdian diri yang sebenar kepada Allah S.W.T. sepertimana perintahNya dalam surah adz-Zariyat ayat 56:

minda-13-3

Mengakhiri siri kali ini, saya sekali lagi menyeru kepada semua umat Islam supaya menilai segala amalan dan perkataan yang dibudayakan dalam kehidupan harian agar tidak mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan yang bercanggah dengan perintah Allah SWT. Semoga dijauhkan Allah daripada tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang di mufliskan menjadi faqir, miskin, melarat dan papa kedana di akhirat kelak disebabkan amalan-amalan di dunia yang tidak tergolong dalam amalan soleh disisi Allah SWT. Renungilah firman Allah dalam surah Hud ayat 15-16:

minda-13-4

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 18, 2009.

 
%d bloggers like this: