MANTAP IMAN UMMAH CEMERLANG


Segala pujian bagi Allah S.W.T., Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas jujungan besar Nabi Muhammd S.A.W., ahli keluarganya, sahabat-sahabat r’ ‘anhum dan sesiapa yang mengikutinya dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Alhamdulilah dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya telah mengizinkan saya untuk menerbitkan Siri Ke 14 laman MINDA PENERBIT blog ini yang bertajuk “MANTAP IMAN UMMAH CEMERLANG” untuk dikongsi bersama dengan sidang pembaca muslim dan muslimat yang saya sanjungi sekalian.

Sepertibiasa, saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang pembaca yang dikasihi sekalian supaya sama-sama kita bertakwa kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

minda-14-1

Sidang Pembaca Yang Di Rahmati Allah S.W.T.,

Iman adalah nikmat yang paling berharga kurniaan Allah SWT dan menjadi penentu kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tanpa iman segala amalan kita semasa di dunia menjadi sia sia dan berakhir dengan balasan seksa. Oleh kerana pentingnya iman dalam diri umat Islam, maka Allah S.W.T. menurunkan wahyu kepada Nabi S.A.W. di Mekah selama 13 tahun yang menyentuh persoalan iman sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an.

minda-14-2

Namun kini, umat Islam semakin terhimpit dengan permasalahan iman dan paling besar ialah ancaman terhadap akidah mereka. Apa yang menyedihkan kita ialah kes murtad, maksiat dan lain-lain kes kekufuran terus berulang dan berterusan. Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah S.W.T. untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:

minda-14-4

Muslimin Dan Muslimat Yang Saya Hormati,

pelajarAkhbar atau media pernah melaporkan bahawa terdapat remaja Islam bertudung terlibat dengan seks bebas dan menjadi ahli kumpulan nyanyian di rumah ibadat bukan Islam. Semua ini jelas memperlihatkan betapa akidah umat hari ini semakin rosak akibat ceteknya pengetahuan agama dan kerapuhan benteng iman. Apa yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah keterlibatan segelintir masyarakat dalam sambutan sempena Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang berlaku sejak sekian lama. Ini adalah sebahagian contoh yang amat membimbangkan kita kerana ia meyimpang dari ajaran Islam dan melahirkan lebih banyak gejala sosial seperti perzinaan, rogol dan sebagainya.

Disini, saya ingin menerangkan bahawa sambutan Hari Kekasih bagi orang Islam adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan telah difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-71 yang diadakan pada 22-24 November 2005. Ini samalah dengan kedudukan pengharaman senaman Yoga yang dibuat akhir tahun lalu. Apa yang nyata, sambutan Hari Kekasih ini bukan amalan yang disuruh oleh Nabi S.A.W., para sahabat, tabiin atau golongan solihin.

Umat Islam perlu sensitif dan bertindak bijak dalam menangani tindakan segelintir masyarakat kita yang menjadikan hukum Allah S.W.T. sebagai bahan provokasi atau bahan eksploitasi di pentas syarahan dan dada-dada media untuk mendapat keuntungan dunia. Sebagai mukmin, kita bertanggungjawab memelihara, mempromosi dan mempertahankan setiap inci ajaran agama suci ini. Perlu disedari bahawa sikap tidak peduli umat Islam bukan sahaja akan merosakan diri sendiri, malah dari segi dakwah khususnya amat merugikan Islam.

Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap bahawa iman sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan dihati tentang dasar dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahanNya. Ini bermakna kepercayaan tanpa diikuti dengan amal ibadah, atau tanpa meninggalkan maksiat, maka belum dikira sempurna iman.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:

minda-14-5

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

minda-14-7

Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya, tetapi hendaklah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Cinta yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasulNya dan berjihad di jalanNya. Cinta berlandaskan iman akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan penciptaNya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:

minda-14-6

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 214:

minda-14-8


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 19, 2009.

 
%d bloggers like this: