MALAIKAT HAMBA ALLAH YANG MULIA


Firman Allah SWT dalam surah “al-Anbiya” – Ayat: 26-28 yang bermaksud:

“Sebenarnya malaikat-malaikat itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.  Allah SWT mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka, dan yang dibelakang mereka dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah SWT, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya.”

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1.      Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.  Iman Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah Bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.

(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani
dalam Sahih al-Tanghib wa al-Tarhib )

2.      Orang yang duduk menunggu solat.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawasa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidak salah seorang yang tidur dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya “Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, sayangilah dia”.

(Sahih Muslimin)

3.      Orang-orang yang berada di saf bahagian depan di dalam solat.  Imam Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ Bin Azib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terdepan”.

(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani
dalam Sahih Sunan Abi Dawud)

4.      Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan alHakim meriwayatkan dari Aisah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda::

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat selalu bersalawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”.

(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani
dalam Shaih al-Tanghib wa al-Tahib)

5.      Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.  Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika seorang Imam membaca ‘ghairi maghdubi ‘alaihim walad daaal linn’ maka ucaplah kalian ‘amin’ kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.

(Sahih Bukhari)

6.      Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Para Malaikat akan selalu bersalawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya (para Malaikat) berkata ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah dia”.

(al-Musnad, Syaik Ahmad Syakir
Mensahihkan hadis ini)

7.      Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah, Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Para Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal.  Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan Malaikat yang bertugas pada siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan Malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?’  Mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’ “.

(al-Musnad, hadis ini disahihkan oleh
Syaik Ahmad Syakir)

8.      Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan, diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda ‘ra, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan yang di doakan adalah doanya dikabulkan.  Pada setiap kali berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapat apa yang ia dapatkan’ “.

(Sahih Muslim)

9.      Orang-orang yang berinfak.  Imam Bukhairi dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 Malaikat turun kepadanya, salah satu antara keduanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti rugi bagi orang yang berinfak’.  Dan lainnya berkata: ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’ “.

(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

10.    Orang yang makan sahur, Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Tabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur”.

(Hadis ini disahihkan oleh Syaik al-Abani
dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)

11.    Orang yang menjenguk orang sakit, Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat untuknya yang akan bersalawat kepadanya di waktu siang hingga waktu malam dan hingga waktu subuh”.

(al-Munad, Sayaik Ahmad Syakir
Berkomentar: “Sanadnya Sahih”)

12.    Seseorang yang mengajar kebaikan kepada orang lain.  Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah al-Bahily r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Keutama seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan atas seorang yang paling rendah di antara kalian.  Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”.

(Disahihkan oleh Syaikh al-Albani
dalam Kitab Sahih al-Tirmizi)

Disediakan oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 23, 2009.

 
%d bloggers like this: