SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


mayat1

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga Hal Iaitu:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Akan Tinggal Bersamanya Iaitu:

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali.
2.
Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh meninggalkan Jasad Terdengarlah suara dari langit memekik, “Wahai fulan anak si fulan … Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang telah meninggalkanmu.  Apakah kau yang mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpulmu, apakah kau yang telah mengubur di dunia, atau dunia yang telah menguburmu, ketika mayat tergeletar akan dimandikan… Terdengar dari suara memkik “Wahai fulan anak si fulan … Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah, mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kau tidak bersuara, mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu  bahasa, mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib”.

Ketika mayat siap di kafan Suara dari langit terdengar memekik, Wahai fulan anak si fulan, berbahagialah apabila kau bersahabat dengan reda, celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah wahai si fulan anak si fulan…  Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya, kini kau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan”.

Ketika mayat diusung Terdengar dari langit suara memkik Wahai fulan anak si fulan… Berbahagia apabila amlmu adalah kebajikan kebahagiaan apabila matamu di awali taubat, berbahagia apabila hidupmu penuh dengan taat”.

Ketika mayat siap disolatkan Terdengar dari langit suara memekik, “Wahai si fulan anak si fulan… Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat, apabila bik maka kau melihatnya buruk”.

Ketika mayat dibaringkan di liang lahatTerdengar suara memekik dari langit, Wahai fulan anak si fulan… Apa yang telah kau siapkan dari rumah dari mu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini”.

“Wahai si fulan anak si fulan… Dahulu kat ketawa, kini dalam perutKu kau menangis,  Dahulu kau gembira, kini dalam perutKu kau berduka,  Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutKu kau bungkam seribu bahasa”.

Ketika semua manusia meninggalkan kau sendirian Allah berkata kepadanya, “Wahai hambKu.. Kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tiada kerabat disebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu.. seorang diri, padahal kerena mereka kau pernah melanggar perintahKu hari ini.   Akan Kutunjukkan kepada mu kasih sayangKu yang akan takjub seisi alam.  Kasih sayangKu lebih dari kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya”.

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah s.w.t. berfirman, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya.  Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu yang baik dan masuklah ke dalam JannahKu”.

TELADAN

Semoga kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani kehidupan ini.

Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita untuk sentiasa mengingati mati (maut) dan dalam sebuah hadisnya yang lain, bangida bersabda: “Wakafa bilmauti wa’iza”.  Ertinya: ” Cukuplah mati menjadi pelajaran bagimu!”.

Untuk semua umat islam yang mungkin terlalu sibuk bekerja.. Luangkanlah sedikit waktu untuk membaca dan renungkanlah pesanan ini.  Aktiviti seharian selalu mencuri konsentrasi kita.  Lantas seolah-olah kita lupa dengan sesuatu yang kita pernah tahu bila kedatangannya.

Sesuatu yang bagi sebahagian orang amat menakutkan.  Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita menemuiNya???



~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 25, 2009.

 
%d bloggers like this: