PESAN ROH KEPADA MANUSIA



pesan-roh-1-gamabr-utama

Apabila roh kita keluar dari jasad kita, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat di mandikan, lalu roh berkata: “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku pelahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut”. pesan-roh-3-mandi-jenazah

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dlam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangkan dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya rohku dari tubuhku”.

Apabila dimandikan lagi, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan, jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku”.

pesan-roh-4-mengafan-jenazahSetelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerena tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah, maka roh kita pun berpesan: “Demi Allah, wahai jelmaanku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu.Maka janganlah kamu menyakitnya.Anak-anakku telah menjadi yatim dna janganlah kalian menyakitkan mereka.Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

pesan-roh-5-usung-jenazahSesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi roh kita menyeru kepada jemaah supaya jangan mempersepatkan mayatnya ke kubur selagi ia belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudaranya buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pun berpesan: “Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya oleh dunia sebagaimana ia melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk diwariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.Adapun di dunia, Allah menghisab amalanku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.Dan mereka jug tidak mahu mendoakan aku”.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dab kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah di katakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasulullah s.a.w. lagi:“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s. akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yangberiman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangan kepada sayap Jibrail a.s., kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan melebarkan sayapnya disebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu cabut nyawanya, datnglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

pesan-roh-slide-1

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepada anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu”.Maka berkata tangan:

pesan-roh-slide-2

Oleh kerana malaikat gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

pesan-roh-slide-31

Apabila malaikat maut gagal mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat tersebut mencubakannya dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

pesan-roh-slide-4

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata:

pesan-roh-slide-5

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis Asma’Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”. Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma’ Allah SWT.Sebaik saja roh orang yang beriman melihat Asma’ Allah SWT dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

pesan-roh-slide-6

Roh-roh akan menuju ke tujuh tempat:

pesan-roh-slide-7

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:”Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

pesan-roh-slide-8

Marilah kita mengambil iktibar daripada apa yang terkandung didalam penulisan saya ini semoga kita insaf dengan apa yang telah kita lalui dan tempohi selama ini.Tingkatkanlah iman kita mudah-mudahan di terima oleh Allah SWT diatas segala kebaikan yang dilakukan selama jantung kita masih berdenyut di dunia yang sementara ini.Janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT terhadapNya setelah difitrahkanNya ke dunia ini.

Ingatlah bahawa kita hanya hambaNya yang diamanahkan sebagai Khalifah di dunia ini:

pesan-roh-slide-9

Akhir sekali marilah kita renung sejenak seruan dibawah semoga segala kebajikan kita diterima oleh Allah SWT serta mendapat keredhaanNya:

pesan-roh-slide-10



~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 26, 2009.

 
%d bloggers like this: