PELIHARALAH HAK-HAK ALLAH DAN RASULNYA


Assalamu’ alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Muslimin Dan Muslimat yang di rahmati Allah SWT,

190107aTazkirah Ummah siri kali ini akan membicarakan sebuah tajuk yang amat penting bagi kita sebagai panduan kepada umat Allah SWT untuk sama-sama memelihara hak-hak Allah SWT dan RasulNya semoga kehidupan umatNya di dunia yang penuh dengan cabaran hidup di rahmati olehNya serta mendapat keredhaan dariNya.

hak-allah-rasulnya-s1

Kita sebagai umat Islam telah difitrahkan kedunia ini harus mengetahui bahawa Allah SWT menghidup dan mematikan umatNya, kepada Allah semuanya akan dikembalikan.  Allah SWT memberi nikmat yang tidak terhingga banyaknya sebagaimana firmanNya dalam surah “Ibrahim”  : Ayat 34 yang bermaksud:

hak-allah-rasulnya-s2

Para pembaca yang saya hargai lagi dihormati,

Adakah kita mengetahui, bahawa asal kita dari tanah dan dari tanah Adam dijadikan! Kemudian Allah SWT menjadikan keturunan manusia itu dari setitik air mani lalu dikandung dan dilahirkan oleh ibu setelah Allah SWT menghidupkan roh ketika di rahim ibu lagi?

hak-allah-rasulnya-s3

Kemudian kita dilahirkan ke dunia sebagai insan yang sempurna, dikurniakan mata untuk melihat, dikurniakan telinga untuk mendengar, dikurniakan perasaan untuk merasa, dikurniakan akal untuk berfikir dan mentadbir.  Dari akal fikiran manusia dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

hak-allah-rasulnya-s4

Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahi” : Ayat 78 yang dimaksudkan bahawa:

hak-allah-rasulnya-s5

hak-allah-rasulnya-s11

Pembaca yang di rahmati Allah SWT,

Sudah sampai masa bahawa kewajipan pertama mesti kita tunaikan ialah mengenal dan beriman kepada Allah SWT.  Selepas itu hendaklah kita taat kepada segala perintahNya, iaitu dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang ditegah olehNya.  Yakinilah dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT kita dipulangkan.  Oleh itu hendaklah kita membuat amal soleh dan jangan sekali-kali kita mengikut hawa nafsu syaitan.

Tanda Allah SWT kasihkan kita ialah  Ia mengutuskan para rasul hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.  Ia bertujuan untuk menunjukkan kita jalan yang lurus dan baik menerangkan peraturan hidup di dunia dan perkhabaran alam Akhirat (syurga dan neraka).

hak-allah-rasulnya-s12

Oleh itu, setiap umat Islam di dunia ini hendaklah:

  1. Berimanlah kepada Allah.

  2. Berimanlah kepada Rasul-Rasul Allah.

  3. Berimanlah kepada Malaikat Allah.

  4. Berimanlah kepada Kitab Allah.

  5. Berimanlah kepada Hari Kiamat.

  6. Berimanlah kepada Qada’ dan Qadar Allah dengan mengucap dua kalimah syahadat:

hak-allah-rasulnya-s6

Selepas dirikan solat, berpuasa pada bulan Ramadan, keluarkan zakat apabila sampai nisabnya dan tunaikan haji apabila berkuasa mengerjakannya.

Firman Allah dalam surah “al-Nisa” : Ayat 59 dengan maksudnya:

hak-allah-rasulnya-s7

Allah SWT berfirman lagi didalm surah “al- Fath” : Ayat 17 yang bermaksud:

hak-allah-rasulnya-s8

Muslimin dan muslimat yang di hormati,

Rasulullah SAW tidak berkata-kata melainkan banginda mendapat wahyu dari Allah SWT.  Dengan itu segala apa yang dikatakan, yang dibuat dan diakui semuanya dari wahyu Allah SWT.  Sesiapa yang taat kepada Rasul Allah sesungguhnya ia taat kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah “Al-Imran” : Ayat 31 yang bermaksud:

hak-allah-rasulnya-s9

Ingatlah, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia benar-benar kasih kepada Allah SWT dan RasulNya lebih dari segala-galanya .  Rasulullah SAW bersabda yang dimaksudkan bahawa:

hak-allah-rasulnya-s101

Akhir kata, marilah kita sama-sama menunjukkan dan membuktikan kasih kita kepada Allah SWT dan RasulNya dengan mengerjakan yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang.

hak-allah-rasulnya-s13

Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 7, 2009.

 
%d bloggers like this: