ISLAM DAN KESIHATAN


I&K 2Sesungguhnya apa yang ada di alam ini adalah halal untuk digunakan sehingga makanan yang terdapat di dalamnya juga halal. Justeru itu al-Quran mengecam mereka yang mengharamkan rezeki yang halal yang disediakan Allah SWT untuk manusia.

Al-Quran menyatakan:

Dia (Allah) menciptakan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi seluruhnya.” (al-Baqarah: 29);

Dan Dia (Allah) yang menundukkan untuk kamu segala yang di langit dan di bumi semua bersumber dari-Nya.” (al-Jaathiyah: 13)

Para ulama bersepakat bahawa ajaran Islam bertujuan memelihara lima perkara pokok, iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan (keturunan), dan kesihatan. Setiap usaha yang dapat mendukung tercapainya salah satu dari tujuan itu walaupun belum ditemukan dalam al-Quran atau al-Sunnah, mendapat restu atau dukungan penuh daripada ajaran Islam.

Zat makanan yang diperlukan bagi tubuh dan kesihatan, yang dalam hal ini mempunyai peranan sangat besar dalam membina dan menguatkan kesihatan seseorang dan ini tidak terlepas daripada apa yang dikemukakan di atas.  Adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk memelihara kesihatannya seperti terungkap dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu”

Tidak dapat disangkal, makanan mempunyai pengaruh besar terhadap pertumbuhan dan kesihatan jasmani. Persoalan yang akan diketengahkan di sini adalah pengaruhnya terhadap jiwa manusia.

Al-Harali, seorang ulama besar berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Ulama ini menyimpulkan pendapatnya dengan menganalisis kata rijspengharaman minumam keras (al-Maidah: 90) bangkai, darah, dan daging babi (al-An’am: 145). yang disebutkan al-Quran sebagai alasan untuk mengharamkan makanan tertentu, seperti

Kata rijs menurutnya bermaksud keburukan budi pekerti serta moral. Sehingga, apabila Allah menyebut jenis makanan tertentu dan menilainya sebagai rijs, maka ini bererti bahawa makanan tersebut dapat menimbulkan keburukan budi pekerti.

Dalam kaitan dengan kesihatan masyarakat dan kesejahteraan negara, zat makanan yang membawa kepada kesihatan merupakan syarat untuk pencapaiannya.  Tanpa kesihatan, manusia tidak dapat melakukan aktiviti. Dan kesihatan diperoleh daripada makanan yang berzat.  Inilah salah satu sebab mengapa al-Quran, dalam banyak ayatnya, mengaitkan aktiviti di bumi dengan makanan yang berzat.  Jelas bahawa makanan mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja terhadap jasmani manusia tetapi juga jiwa dan perasaannya.

Apakah pesan-pesan al-Quran mengenai makanan? Ketika berbicara tentang perintah makan, Allah s.w.t memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thayyib.

Sesuatu yang halal adalah yang terlepas daripada ikatan bahaya duniawi dan ukhrawi.  Kerana itu kata ‘halal’ juga bererti ‘boleh’. Dalam bahasa hukum, kata ini mencakupi segala sesuatu yang dibolehkan agama, baik kebolehan itu bersifat sunnah, anjuran untuk dilakukan, makruh (anjuran untuk ditinggalkan) mahupan mubah. Kerana itu boleh jadi ada sesuatu yang halal (boleh), tetapi tidak dianjurkannya, dengan kata lain hukumnya makruh.  Nabi s.a.w misalnya, melarang seseorang mendekati masjid apabila ia baru memakan bawang. Nabi bersabda sebagaimana diriwayatkan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib.

Rasulullah melarang memakan bawang putih kecuali setelah dimasak.  Dalam riwayat at-Tirmizi dikemukakan bahawa seseorang bertanya: apakah itu haram? Baginda menjawab: Tidak, tetapi saya tidak suka aromanya.

Kata thayyib dari segi bahasa bererti lazat, baik, sihat, mententeramkan dan paling utama. Pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan kata ini dalam konteks perintah makan menyatakan bahawa ia bererti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak, atau dicampuri benda najis.

Makanan yang sihat adalah makanan yang memiliki zat yang cukup dan seimbang. Dalam al-Quran disebutkan sekian banyak jenis makanan yang sekali gus dianjurkan untuk dimakan, misalnya bijirin (al-Sajdah: 27), ikan (al-Nahl: 4), buah- buahan (al-Mukminun: 19; al-An’am: 141), lemak dan minyak (al-Mukminun: 21), madu (al-Nahl: 69) dan lain-lain.  Penyebutan aneka macam jenis makanan ini, menuntut kearifan dalam memilih dan mengatur keseimbangannya.

Apakah jenis-jenis makanan yang disebutkan secara khusus di atas mempunyai kaitan dengan zat? Nabi s.a.w sendiri lebih menyukai makanan saperti susu, daging dan madu walaupun jarang diperolehnya.

Lokman Hashim
Penerbit, MutiaraIslam Online

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 8, 2009.

 
%d bloggers like this: