Akhlak Gadis Rosak Kerana Dirogol Oleh Datuk Sendiri


Saya ingin berkongsi bersama satu kes yang dipaparkan didalam Harian Metro baru baru ini yang membabitkan seorang gadis telah menggugurkan anak sebanyak 10 kali. Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.  Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Picture2Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri. “Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing”.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.  Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.  Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan”.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.  Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.  Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.  “Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan.  Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya kepada Hari Metro.

Didalam kes ini, amat sedih sekali bahawa seorang Datuk sanggup melakukan perbuatan terkutuk keatas cucunya sendiri.  Dimanakah letaknya akhlak seorang dewasa yang menunggu sisa-sisa hidupnya.  Ia sepatutnya melakukan kerja-kerja kejalan jalan Allah SWT.  Disini dapat kita simpulkan bahawa pendidikan agama institusi keluarga terlalu cetek hinggakan ibu bapa sendiri tidak dapat menghintung apa yang telah berlaku kepada anak sendiri bahkan menyalahkan anak sendiri yang menyebabkan anak itu jatuh kelembah yang di hanyutkan oleh syaitan.

Adalah disarankan bahawa setiap ibu bapa janganlah sewenang-wenangnya menyalahkan anak kita sekiranya mereka dirogol oleh kaum keluarga sendiri.  Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan.  Janganlah kita berfikir bahawa seorang orang tua yang pada zahirnya nampak alim, sembahyang tidak tinggal tidak terjebak kelembah perbuatan yang terkutuk oleh Allah SWT.  Perkara yang telah berlaku kepada anak gadis yang diceritakan diatas tidak mustahil berlaku apabila seorang Datuk telah digoda oleh hawa nafsu yang telah dirasuk oleh syaitan.

Ambillah kes ini sebagai contoh untuk kita berjaga-jaga sekiranya ada pihak yang akan menyerahkan anak sendiri untuk dijagai oleh saudara mara.  Perlu diingatkan bahawa latar belakang orang yang terdekat kepada kita tidak dapat dipastikan bahawa seorang itu baik ataupun tidak.  Walaubagaimanapun, pendekatan agama yang paling utama harus kita kajikan terlebih dahulu.  Jangan abaikan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan jauhilah apa yang dilarang olehNya.

 

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 10, 2009.

 
%d bloggers like this: