Orang Berpuasa Dijanjikan Kemenangan Dunia, Akhirat


Oleh Penerbit

ramazan_38_jpg_jpg

“DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui” (al-Baqarah:184).

Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.

  • Puasa sebagai perisai.Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa.Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: “Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
  • Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga.Daripada Abu Umamah ra berkata: “Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)
    1. Pahala tiada had.
    2. Dua kegembiraan.
    3. Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

    Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata:

    Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: “Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

    Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

    Advertisements

    ~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Ogos 22, 2009.

     
    %d bloggers like this: