MERAIH FADILAT RAMADAN


Meraih Fadilat Ramadan Front Cover

“Bulan Ramadan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan (amalan) yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan bulan yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya.”

Bulan Ramadan mempunyai ‘kuasa suci’ bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Meraih Fadilat Ramadan 1

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183), dan “…berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (Al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam.

Meraih Fadilat Ramadan 2

Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekali gus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w juga memperincikan kepentingan Ramadan seperti berikut:

“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…” (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Meraih Fadilat Ramadan 3

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah SWT dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri padaNya. Melaksanakan perintahNya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredaan Allah SWT.

Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqamah mencari keredaan Allah SWT akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah SWT, selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadan. Ini kerana mereka percaya Allah SWT akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat.

Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal salih dan perbuatan mulia.

“Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.”

Meraih Fadilat Ramadan 4

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenang-wenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi.

Bagi mereka, semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurniai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah daripada segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia daripada bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Berpuasa dalam bulan Ramadan adalah kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur.”

Meraih Fadilat Ramadan 5

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur.

“Bulan Ramadan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Daripada sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya, malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.”

Selain pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripada berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang.

“puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu.”

Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.

Meraih Fadilat Ramadan 6

Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi daripada bulan Ramadan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya kepada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Meraih Fadilat Ramadan 7


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di September 5, 2009.

2 Respons to “MERAIH FADILAT RAMADAN”

  1. selamat menyambut puasa

  2. NICE BLOG… sy ambil pict2 kt atas n masukkan dlm fb sy…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: