MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA JADI MEDAN DAKWAH


Masjid Tuanku Mizan Putrajaya1

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dibuka kepada orang ramai pada 21 Ogos 2009 untuk solat tarawih malam pertama Ramadhan diharapkan bakal berfungsi sebagai salah satu medan dakwah kepada pelancong.

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata, ia mengambil kira jumlah pelancong ke Putrajaya yang lebih berminat mengunjungi masjid seperti Masjid Putra.

‘Berdasarkan statistik, seramai 565,048 pelancong dalam dan luar negara datang melawat Masjid Putra tahun lalu iaitu tidak termasuk mereka yang datang untuk solat.

Masjid bertaraf dunia dengan seni reka unik bernilai RM203 juta itu mula dibina pada 2004 dan mampu memuatkan 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ketua Pengarah, Jakim berkata ketika beliau berucap pada majlis penyerahan projek pembinaan masjid itu daripada Perbadanan Putrajaya kepada Jakim bahawa kursus pemandu pelancong akan disediakan bagi membantu pelancong bukan Islam untuk mengenali agama Islam sekali gus menerangkan kepada mereka tentang keindahan Islam.

 ‘Selain berfungsi sebagai medan dakwah, masjid itu akan memberi tumpuan kepada program-program bersifat antarabangsa kepada pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pengajian kanak-kanak dan kursus pengkhususan.

‘Kita berharap masjid ini mampu melahirkan sebuah masyarakat Islam yang harmoni, bersatu padu, berilmu dan menghayati Islam secara realistik,’ katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah mengingatkan pihak pentadbir masjid agar tidak menjadikan masjid seperti sebuah kem tentera yang dikawal ketat sehingga menyekat orang lain yang ingin mendekatinya.

‘Kita mahukan ia lebih terbuka dan tidak dikawal terlalu ketat kerana kita percaya ramai yang tertarik dengan Islam hanya dengan melihat bangunan masjid sahaja,’ katanya.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di September 6, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: