ESKLUSIF MINGGU INI – 21 RAMADAN 1430H/11 SEPTEMBER 2009


Malam Lailatul Qadar

SIRI Esklusif Minggu Ini akan membicarakan tajuk “Mencari Malam Lailatul Qadar”.

Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi keberkatan. Walau bagaimanapun di dalam bulan ini terdapat satu hari yang paling suci iaitu malam Lailatul Qadar. Pahala beribadah di malam ini menyamai seribu bulan iaitu lapan puluh tiga tahun. Bahkan sepanjang setahun, malam ini juga adalah hari yang terbaik dalam kehidupan manusia.

Malam Lailatul Qadar-1

Sedarkah kita semua bahawa Allah SWT telah memuliakan kita pada malam ini. Malam Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana malam itu menyaksikan turunnya al-Quran al-Karim. Menurut pandangan sebahagian besar ahli tafsir, al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam Lailatul Qadar. Manakala al-Quran diturunkan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui perantara Jibril a.s. sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Malam Lailatul Qadar-2

Bagi orang yang beriman, pada malam itu adalah peluang untuk mereka mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba untuk bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Malam Lailatul Qadar-3

Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5:

Malam Lailatul Qadar-4

Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, maka marilah kita menggunakan peluang dan tawaran yang berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannya. Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehinya dan rugilah siapa yang melepaskannya.

Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah. Firman Allah SWT melalui surah al-Dukhan ayat 3-6:

Malam Lailatul Qadar-5

Berdasarkan ayat tadi menurut sebahagian ulama, Allah SWT telah menentukan rezeki dan Qada’ Qadar ke atas segala makhluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan oleh Allah SWT kepada kita. Menurut Imam al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam Lailatul Qadar ialah:

Malam Lailatul Qadar-6

Lailatul Qadar menjadi kayu pengukur atas kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza-beza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat yang paling kuat terjadinya lailatul al-Qadar itu ialah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:

Malam Lailatul Qadar-7

Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan Lailatul Qadar?. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya agar berusaha sedaya upaya mendapatkan Lailatul Qadar ini. Menurut Imam Bukhari dan Muslim bahawa Sayyidatina ‘Aisyah meriwayatkan:

Malam Lailatul Qadar-8

Berdasarkan mafhum hadith tadi antara langkah-langkah untuk mendapatkan Lailatul Qadar itu adalah:

Malam Lailatul Qadar-9

Malam Lailatul Qadar-10

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di September 12, 2009.

Satu Respons to “ESKLUSIF MINGGU INI – 21 RAMADAN 1430H/11 SEPTEMBER 2009”

  1. salam alaik..
    mohon izin utk ana kongsikan slide ni..dlm blog..
    syukran jazilan…

    barakaallahu..

Tinggalkan komen