BANTERAS AIDS, TUNAIKAN JANJI



Sidang Pembaca Dirahmati Allah SWT,

Terlebih dahulu, saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca sekalian, marilah kita tingkatkan takwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dengan  melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala tegahanNya,  mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Sempena dengan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember setiap tahun, maka siri Minda Penerbit blogMutiara Islam Online kali ini mengenengahkan tajuk “BANTERAS AIDS, TUNAIKAN JANJI“.  Tajuk ini dipetik daripada Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya atau masjid yang lebih dikenali dengan nama “Masjid Besi”,  pada 4 Desember 2009 bersamaan 17 Zulhijjah 1430. 

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Jun 2009, terdapat seramai 86,127 orang yang dijangkiti HIV dan seramai 14,955 orang pula telah dijangkiti AIDS.  Dari jumlah pembawa AIDS ini didapati seramai 11,549 orang telah meninggal dunia.  Purata sehari pembawa baru HIV yang dikesan ialah sebanyak 10 kes, AIDS pula 3 kes baru sehari dan berlaku 5 kes kematian sehari.

Menurut Kementerian Kesihatan, punca utama penyebaran HIV/AIDS ialah melalui pertukaran suntikan jarum iaitu melibatkan 53.2%, dan diikuti melalui perhubungan seks sebanyak 26.9% dan selebihnya melalui pemindahan darah dan jangkitan ibu mengandung kepada bayi. Dilaporkan kini bahawa yang paling membimbangkan kita ialah penyebaran HIV/AIDS melalui perhubungan seks semakin meningkat naik samada perhubungan seks melibatkan lelaki dengan wanita atau lelaki sesama lelaki atau homosexual. Berdasarkan perkembangan ini, maka terdapat tanda-tanda aktiviti seks ini di jangka menjadi punca utama penyebaran HIV/AIDS di negara ini.

Satu lagi perkara yang membimbangkan kita ialah walaupun majoriti lelaki iaitu 70% pembawa utama penyakit HIV/AIDS, tetapi pembawa wanita dan kanak-kanak juga sedang meningkat naik. Pada tahun 2004 wanita terlibat dengan HIV/AIDS adalah 10.8% tetapi pada tahun 2008 meningkat naik mencapai 19.1%. Manakala jumlah kanak-kanak bawah umur 12 tahun terlibat dengan HIV/AIDS pula seramai 1, 018 orang.

Persoalan besar timbul ialah apakah peranan umat Islam di negara ini mahupun umat Islam di seluruh dunia dalam menangani punca penyakit dan menyekat  penyebaran kepada orang yang tidak berdosa seperti isteri-isteri dan kanak-kanak daripada terkena HIV/AIDS yang belum ada penawar rawatan?.

Hayatilah firman Allah, dalam surah A-li Imran  ayat 110:

Bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik.

Pencegahan dan kawalan penyakit HIV/AIDS serta isu-isu gejala sosial lain perlu dibuat secara menyeluruh. Segala punca yang menyuburkan  perkembangan HIV/AIDS hendaklah ditutup dan dihapuskan. Berdasarkan pemerhatian mimbar, terdapat pihak yang mengeluarkan lesen-lesen perjudian dan pusat-pusat hiburan atas alasan memenuhi hak asasi manusia sedangkan kegiatan seperti inilah menjadi penyubur gejala sosial. Kemudian, satu pihak lain pula  mengedarkan kondom untuk mencegah jangkitan kuman HIV/AIDS. Manakala terdapat satu pihak lain pula menjalankan dakwah amar makruf nahi-munkar memberi kesedaran kepada orang ramai menjauhi gejala sosial. Jelasnya wujud pertentangan nilai dan amalan di antara pihak-pihak tertentu dalam masyarakat.

Walaupun kelihatan terdapat penurunan kadar pembawa HIV/AIDS tetapi  tidak ada jalan penamat dan tiada penghujungnya untuk menyekat virus HIV/AIDS ini. Keadaan ini berlaku kerana satu pihak terus menerus menggali lubang manakala pihak yang lain pula menutup lubang yang tidak habis-habis.

Dalam usaha membanteras HIV/AIDS, mimbar amat menghargai sumbangan Majlis AIDS Malaysia yang bertungkus lumus menerajui bersama dengan badan sukarelawan lain menangani HIV/AIDS ini.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama banteras AIDS dan tunaikan janji membantu memberi kebajikan, pemulihan dan rawatan kepada orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Adalah berdosa jika kita hanya melihat, mendengar dan membiarkan  pelbagai  kemungkaran berleluasa dikeliling kita.

Insaflah dan sedarlah bahawa kita pada asalnya manusia yang bersih, cenderung mengamalkan gaya hidup sihat dan bersifat mulia. Rasulullah SAW memberi peringatan kepada kita dalam sabdanya :

Mafhumnya: Setiap anak yang dilahirkan berkeadaan fitrah atau suci, maka ibubapalah yang menyebabkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru bagi  diri kita dan masyarakat kita kembali kepada hidup yang diredhai Allah dan menghayati nilai murni dan gaya hidup sihat, maka penerbit blog ini berpendapat langkah-langkah  berikut wajar dilaksanakan:

Mengakhiri siri Minda Penerbit kali ini, marilah kita bersama-sama memainkan peranan masing-masing dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab demi memelihara negara dari ancaman wabak HIV/AIDS.

Bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.

Sekian, wassalam.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Disember 4, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: