ISLAM ITU MUDAH


SURAH AL-MA’IDAH : 101 yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di Dalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”

HURAIAN

Islam adalah agama yang mudah. Mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak sewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap suka mempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S..W.T. Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka.

KESIMPULAN

Islam adalah agama yamg mudah dan praktikal. Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi.  Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia menyusahkan diri mereka.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 3, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: