PROGRAM GERHANA BULAN SEPARA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT



Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam.

Gerhana Bulan Separa Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa pada 1 Januari 2010

Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak expo) ini turut dihadiri oleh Y. Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam besar Masjid Negara, Pn. Azreena bt. Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA) dan Tn. Hj. Othman b. Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat.

Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syarii Malaysia.

Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh, Taklimat Gerhana dari Sudut Sains dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana.Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media.

Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di http://www.angkasa.gov.my bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka tidak berkesempatan ke Masjid Negara.

Faktor cuaca yang berawam iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam 3.10 pagi hingga 5.30 pagi Planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.

Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.

Pencerapan Gerhana Bulan Separa oleh Imam Besar Masjid Negara Penerangan Fenomena Gerhana Bulan Separa kepada Imam Besar Masjid Negara

Takimat dan Pencerapan Gerhana Bulan Separa oleh Imam Besar Masjid Negara

Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh Khutbah Gerhana Bulan Separa

Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh/ Khutbah Khas Gerhana

Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf)

Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf)

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 7, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: