Gerhana Matahari Cincin 2010 Di Male, Maldives


Imej-Imej Gerhana Matahari Cincin yang telah berjaya dirakamkan.

Pada 15 Januari 2010 (Jumaat) telah berlaku satu fenomena alam yang cukup menakjubkan iaitu Gerhana Matahari Cincin (Annular). Gerhana Matahari Cincin pada kali ini telah merentasi 300 kilometer permukaan bumi. Bayangan bulan akan menyentuh daratan Afrika dan menuju ke pulau Maldives yang terletak di Lautan Hindi.

Sehubungan itu, satu aktiviti kajian Gerhana Matahari Cincin telah dilakukan yang diketuai oleh Prof Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya. Bahagian Penyelidikan, JAKIM turut menghantar wakil iaitu Ustaz Sabri bin Mat Yasim dan Ustaz Abu Zaki bin Abd. Jalal untuk menyertai kajian ini bagi mendapatkan data-data dan imej-imej yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan dan maklumat yang bermanfaat untuk hebahan masyarakat awam.

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diketuai oleh Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid telah mengetuai solat sunat gerhana dan menyampaikan khutbah sejurus setelah Gerhana Matahari Cincin melepasi tempoh annulariti. Selain itu, Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan juga telah menghantar wakil untuk tujuan kajian tersebut.

Negara Maldives merupakan tempat gerhana yang terlama mencapai tempoh annulariti iaitu sekitar 10 minit dengan koordinat longitude 73d 29m 00s Timur dan latitude 4d 10 m 00s Utara dengan ketinggian dari aras laut sekitar 10 meter. Oleh kerana Gerhana Matahari Cincin ini memiliki tempoh annulariti yang paling lama dalam abad ini, maka banyak aktiviti penyelidikan dapat dijalankan secara lebih teratur dan berkesan.

Di samping itu, imej yang diambil sewaktu totaliti Gerhana Matahari Cincin pada kali ini juga berbeza dengan imej totaliti sewaktu Gerhana Matahari Cincin yang berlaku pada 26 Januari 2009 yang lalu. Imej pada kali ini menunjukkan bayang Bulan betul-betul berada di kedudukan tengah Matahari.

Inilah kejadian yang menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. Allah telah menciptakan sekalian alam ini dan Dialah jua yang berkuasa menentukan pergerakkan setiap cakerawala yang beredar mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya. Sebagai manusia, kita hendaklah menggunakan akal fikiran kita untuk mengkaji dan mempelajari akan maksud dan tujuan setiap apa yang berlaku di muka bumi ini.

Kajian daya tarikan graviti.

Kajian bayang matahari.

Solat Hajat Gerhana Matahari

Sumber: PRO, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Januari 29, 2010.

Satu Respons to “Gerhana Matahari Cincin 2010 Di Male, Maldives”

  1. huyoooo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: