Pentingnya Sikap Keluarga Didalam Mengnangani Keruntuhan Akhlak Remaja



Institusi keluarga penting untuk membantu para remaja demi terjebak dengan gejala sosial.  Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama.  Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik.

Dalam hal ini, peranan ibubapa sangat penting, terutama sebagai model kepada anak-anak.  Kesibukan bukanlah alasan sebagai menghalang ibubapa  mengambil berat hal anak-anak mereka.  Paling penting, ibubapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka.  Ibubapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasai dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibubapa yang memiliki anak remaja hendaklah “menjadi rakan” kepada anak-anak mereka.  Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibubapa dan menjadikan sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.  Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibubapa hendaklah memberi tumpuan, jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum.  Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.  Ibubapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli kerluarga.

Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tiadak boleh “just take for granted”.  Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka.  Anak-anak perlu dibimbing.  Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan-rakan anak mereka.  Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka kerumah dan dengan kita kita dapat memastikan dengan siapa anak kita berkawan.  Ibubapa hendaklah sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.  Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak mereka.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak remaja yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan ibubapa atau penjaga.  Selain itu, tekanan hidup, sikap mengrjsr kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibubapa dan ank kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.  Malah ada yang jarang bersua muka.  Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibubapa.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaaan dalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibubapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibubapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawasi slia anak-anak sepanjang masa.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 2, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: