MATI YANG PASTI


BACALAH WAHAI SAUDARA-SAUDARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN …….. mati tak tahu bila ……setiap kehidupan di dunia ini pasti akan mati.

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud.  Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.  Diriwayatkan Rsulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Banginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan, memperolehi tanda-tanda kematian sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian.  Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepada sahaja beliau telah memanggil abangnya, ia itu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.  Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.  Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadapi Allah SWT.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.  Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan seperti berikut:

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yan dikehendakiNya.  Walau bagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini.  Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sedar tanda-tanda ini.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.  Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.  Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih; jika diperhatikan dengan terliti kita akan mendapati daging lembu tersebut seakan-akan bergetar.  Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan bertedik di hati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini kan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa bersama atau ditinggalkan sesudah mati.

Mereka yang bertakwa kepada Allah SWT tidak merasa bimbang untuk menghadapi kematian:

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenimaktan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.  Mereka-mereka ini adalah mereka yang tidak mematuhi perintah-perintah Allah SWT.  Mereka hanyut dengan keduniaan semata-matanya.

Bagi mereka yang banyak melakukan maksiat semasa hidup di dunia akan bimbang untuk menghadapi kematian:

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar.  Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.  Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, anataranya ialah ia akan ikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan menjadi bingun seketika.  Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.

Setiap yang bernyawa tidak akan dapat mengelak daripada kematian:

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaiitu di antara dahi kanan dan kiri.  Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.  Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.  Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.  Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-perlahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

TANDA AKHIR SEBELUM MATI

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang matikan pula.

KESIMPULANNYA

Sesungguhnya, marilah kita abertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun manusia sendiri dari segala dosa urusan hutang piutan kita.

Walau bagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh berubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.  Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mac 21, 2010.

Satu Respons to “MATI YANG PASTI”

  1. mohon untuk dikongsikan..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: