JAGALAH MARUAH KEBIJAKSANAAN DAN KEMULIAN DIRI


Tidak ada kebaikan pada diri kita jika kita tidak mempunyai maruah, bijaksana dan mulia diri.  Kita dikira mulia jika kita mempunyai cita-cita dan perjuangan hidup yang mulia.  Sebaliknya kita dikira orang yang penakut jika kita tidak berjuang untuk ketinggian agama, bangsa dan negara.

Ingatlah bahawa kekayaan seseorang itu bukanlah pada harta yang bertimbun-timbun dan bukanlah keaiban dan kehinaan seseorang itu dengan kemiskinannya, tetapi sebenar-benar kehinaan dan keaiban seseorang itu ialah ketiadaan maruah dan sopan santun.

Kita seharusnya menjaga maruah diri kita dan jangan sekali-kali kita memperdayakan hidup orang lain untuk memenuhi kehendak hati kita.  Kepentingan diri dengan menginaya orang lain adalah perkara yang dikutuk oleh Allah SWT.  Hendaklah kita sentiasa menjaga maruah dan kemuliaan diri kita untuk mencapai keharmonian dan kebahagiaan   di dunia ini.

Kebijaksanaan kita didalam mengurus kehidupan harian kita bukannya terletak pada setinggi gunung ijazah yang dimiliki tetapi ianya terletak pada akhlak yang mulia, bersopan-santun, hormat-menghormati, bertolak ansur dan lebih-lebih lagi kesabaran diri kita didalam menghadapi sesuatu dugaan hidup, bala dan sebagainya.

Kemulian diri seseorang itu adalah menjaga diri dengan kelakuan yang baik dikala seorang diri dan di khalayak ramai serta menolong saudara-saudara seagama.

Hadis diatas mengambarkan bagaimana mulianya hidup tolong menolong, hidup bersatu padu dan hormat menghormati.  Sekiranya perkara ini dilaksanakan dengan kebijaksanaan kita sudah pasti bahawa kita telah mencapai kerharmonian kehidupan di dunia ini dan kita akan sentiasa di pandang mulia dan di hormati bukan kerana pangkat tetapi budi pekerti yang di tunjulkan oleh kita kepada umum.

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 3, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: