KEGANASAN MENDERA WANITA DAN KANAK-KANAK HARUS DIBENDUNG


Apabila saban hari laporan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dipapar dalam akhbar mahupun di laman maya, ada beranggapan ia sememangnya nasib yang perlu diterima sebagai golongan yang lemah, seolah-olah mengiyakan jenayah yang berleluasa sebagai lumrah dunia moden dan menidakkan hakikat setiap hamba Allah dicipta dengan maruah dan kehormatan tanpa mengira jantina serta harus dipelihara.

Kejadian kanak-kanak hilang, dirogol dan dibunuh atau dikahwinkan dan wanita dizina serta dihamilkan seterusnya menjadi pembunuh zuriat sendiri bersilih ganti dengan paparan isteri didera mental dan fizikal, cukup menggerunkan golongan hawa. Ia menjadi fenomena global, kerana perkara seperti ini bukan saja berlaku di negara maju, malah negara membangun, termasuk negara Islam atau majoriti warganya Muslim.

Bahkan di Barat, jenayah domestik di kalangan keluarga Muslim menjadi bahan jenaka sesama mereka. Kerana tidak memahami sunnah poligami, mereka mentertawakan wanita Islam kerana sanggup menjadi ‘hamba’ amalan perkongsian suami yang rata-ratanya berakhir dengan penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita serta anak kecil, bukan seperti diperintahkan Allah dan Rasul.

Walaupun ada di kalangan mereka yang memahami Islam tidak pernah mengajar umatnya menzalimi wanita atau menganiaya kanak-kanak, tindak tanduk umat Islam lebih nyata di mata mereka, sedangkan apa yang dilakukan bertentangan ajaran Islam sebenar. Ada beranggapan Islam mendiskriminasi wanita dan kanak-kanak serta mengangkat tinggi lelaki dalam segala hal sehingga membenarkan wanita dan kanak-kanak dizalimi secara seksual, malah suami boleh membunuh isteri jika perlu.

Hari ini, pesalah laku seksual bukan saja lelaki malah wanita. Kerana zina, wanita yang melahirkan anak tidak syari’e sanggup membuang bayinya merata-rata seperti membuang sampah. Jenayah ini semakin ketara sejak akhir-akhir ini malah tentu jumlahnya lebih banyak termasuk yang tidak dilaporkan media atau bayi tidak ditemui.

Sudahlah berzina, mereka membunuh pula. Tetapi ramai ibu yang terbabit, masih bebas di luar sana.

Lebih menakjubkan lagi, mereka sanggup melahirkan anak sendirian di tandas awam selain tidak pernah mendapat rawatan sewaktu hamil. Sedangkan isteri yang hamil bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat.
Kerana takut, malu dan aib mereka sanggup berbuat apa saja. mereka harus ingat setiap yang bernyawa berhak hidup. Hatta janin dalam kandungan mempunyai hak. Justeru, membunuh tanpa hak di sisi Allah adalah jenayah yang wajar dihukum setanding dengan apa yang dilakukan.

Setiap ibu harus berfikir panjang sebelum melakukan perkara itu. Banyak cara mengelak membuang bayi. Sama ada meninggalkan bayi itu di hospital, diserahkan kepada orang lain atau memeliharanya dengan penuh kasih sayang. Memang benar masyarakat sukar menerima ‘anak luar nikah’ seperti masyarakat tidak boleh menerima perbuatan zina. Tetapi perbuatan membunuh tidak boleh dikompromi.

Paling penting, bukan soal bagaimana menghadapi situasi sebegini, tetapi bagaimana untuk mengelak situasi itu daripada berlaku. Cadangan mengkanunkan Akta Pendaftaran Pesalahlaku Seksual amat bertepatan dengan senario hari ini memandangkan ramai wanita menjadi mangsa kerana perbezaan biologi, bahkan kanak-kanak perempuan juga menerima bahana sama.

Selagi ada yang rela menjadi mangsa, selagi itulah wanita akan terus dianiaya. Maruah dan kehormatan diri sendiri tidak akan dapat dipertahankan orang lain, sebaliknya pemiliknya saja yang patut tahu menghargai, dan menjadikannya harta yang tidak terjual beli.

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 8, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: