MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DALAM TONG SAMPAH


BERITA HARIAN ON LINE bertarikh: 2010/04/11- melaporkan:

ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan yang dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui jam 8 pagi tadi.

RAWANG: Mayat seorang bayi lelaki yang sempurna sifat ditemui mati dibuang dalam sebuah tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dekat sini pada jam 8 pagi tadi. Mayat bayi malang yang dipercayai baru 24 jam dilahirkan itu hanya berbalut akhbar dan beg plastik. Ia ditemui pekerja syarikat kutipan sampah, Mohd Kamil Enoh, 44, ketika memulakan tugasnya pagi tadi.

“Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan sampah itu.  Setelah dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali.  “Saya sebak dan mengigil bersendirian. Bayi itu masih bertali pusat dan dibuang bersama urinya yang masih berdarah,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini pagi tadi.

Beliau berkata, beliau menemui bungkusan berat ketika memilih sampah yang terdapat dalam dua tong yang disediakan kepada penduduk di kampung itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat. Sehingga kini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera.

Saya baru sahaja menulis tentang kes-kes pembuangan bayi dan kesah moral kemanusiaan masa kini terutama yang beragama islam.  Hari ini kita dikejutkan lagi berita yang sama.  Nampaknya, remaja masa kini masih meneruskan perbuatan yang terkutuk itu.  Kemanakah letaknya hati mereka? mereka seolah-olah tidak takut kepada seksa Allah SWT yang menanti.

Sudah banyak kali isu-isu ini diketengahkan melalui media cetak dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu namun ianya masih tetap berlaku.  Siapakah harus dipersalahan?   Sudah banyak kali kita memekik bahawa perbuatan ini adalah dosa besar, namun ianya kerap berlaku hari demi hari.

Adalah disarankan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakkan segera didalam perkara ini.  Diperbanyakkan kempen-kempen pencegahan dikalangan remaja.  Kurangkan hiburan terlarang yang menyebabkan banyak perkara-perkara yang mendatangkan perbuatan maksiat dikalangan remaja.


~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 11, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: