ADAB DAN NASIHAT UNTUK BERTAQWA KEPADA ALLLAT S.W.T.


Allah SWT mengetahui apa yang terlintas dan tersirat dalam hati hamba-hambaNya diatas dunia ini.  IaNya mengetahui apa yang dilakukan oleh umat-umatNya di atas dunia ini sama ada terang dan yang sulit.  Oleh itu hendaklah kita takut kepada Allah SWT dengan bertaqwa kepadaNya, melaksanakan suruhanNya dan menjauhkan laranganNya, mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang mendatangkan jenayah dan maksiat, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah “Al-Hasr” : Ayat 7 yang bermaksud:

“Dan apajua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya”.

Peliharalah diri kita dari kemurkaaan Allah SWT.  Ingatlah hawa Allah SWT telah menghidupkan kita, telah memberi akal, telah memberi rezeki dan kepadaNya jualah semuanya akan dikembalikan.

Dalam surah “Yasin” : Ayat 83, Allah SWT berfirman:

“Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: subhanAllah!)  Tuhan yang memiliki dan dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan”.

Oleh itu uruskanlah diri kita berasaskan aqidah dan syariah Allah SWT.  Kita seharusnya takut kepada Allah SWT yang sebenar-benarnya pembalas.  Sekiranya kita melakukan sesuatu yangburuk kepadaNya maka buruklah pembalasanNya kepada kita dan sekiranya perkara-perkara yang mulia dan baik kita lakukan kepadaNya maka baiklah pembalasanNya kepada kita.

Allah SWT berfirman dalam surah “al-Zalzalah” : Ayat 7-8 yang bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatny (dalam surat amalannya); dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)”.

Dalam konteks ini, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa, mafhumnya:

“Bahawanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu”.

Hadis diatas menerangkan bahawa azab Allah SWT itu mata keras.  Oleh itu jauhkanlah segala tegahanNya dan perbuatan yang menyembabkan Ia murka.  Yakinlah bahawa taat kepada Allah SWT itu adalah satu kelazatan dan kesenangan.  Ketaatan itu tidak diberi atau diperolehi melainkan dengan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang fitegah oleh Allah SWT.  Memamng untuk taat kepada Allah SWT dan RasulNya pada tahap permulaan agak berat dan susah.  Tetapi sekiranya dilatihkan, diasuhkan, disertai kesabaran, insya’Allah ianya akan menjadi senang dan akan menimbulkan satu kelazatan hidup yang tidak ada bandingnya.

Ketahuilah bahawa asas taqwa kepada Allah SWT itu ialah menucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji disamping amal soleh yang lain.  Ketahuilah bahawa taqwa itu amat luas pengertiannya, ia meliputi seluruh amal kebajikan dan kebaikan.  Oleh itu janganlah kita lali dan malas.  Akan tetapi berlaku adillah kepada diri kita sendiri dan semua makhluk Allah SWT didunia ini.  Janganlah seksa dan mengkhianati mereka.  Asuhlah jasmani dan rohani kita dengan berzikir dan amalan-amalan yang baik lagi terpuji.

Ingatlah bahawa kebaikan dibalas dengan kebaikan dan keburukan dibalas dengan keburukan oleh Allah SWT.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 14, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: