PERBANYAKAN AMAL IBADAT, KEBAIKAN SEBAGAI BEKALAN AKHIRAT


Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup.  Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan cukup selesa dan bahagia.

Sebaliknya, orang yang buruk amalan ketika di dunia bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah murka terhadap sesiapa saja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia adalah perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya.

Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan bererti di akhirat. Kita harap untuk bertemu Allah di syurga sebagai balasan daripada hidup bermanfaat di dunia.

Advertisements

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 19, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: