‘BANGSA, NEGARA DAN AGAMA’ BAGI ORANG MELAYU


Semua orang Melayu adalah adik-beradik. Bukan Melayu adalah sahabat… selagi mereka menghormati persahabatan. Pribumi pula adalah teman seperjuangan: saling melindungi antara satu sama lain.

Negaranya adalah wilayah nenek moyangnya. Apabila semua orang Melayu, dari Perlis ke Johor, bersatu, mereka pun menamakan wilayah nenek moyangnya sebagai sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu. Ini hanya mengesahkan rujukan antarabangsa sejak dahulu kala kepada sebuah semenanjung  di Asia Tenggara Semenanjung Tanah Melayu… Dan orang Melayu membuka luas kepada sesiapa saja untuk datang mengunjung, berniaga, beristirahat, termasuklah berkahwin.

Salam orang Melayu sungguh istimewa dan luar biasa!

Apabila orang Melayu beragama, agama terakhir mereka ialah Islam. Mereka cintakan Islam sehingga mengatakan: mereka (bukan Melayu) yang memeluk Islam adalah mereka yang ‘masuk Melayu’. Animisme dan Hindu di buang; Buddha dan Kristian tidak diterima.

Apabila mereka berada dalam situasi baru – moden – mereka turut menyesuaikannya, tanpa menggadaikan Islam. Begitu jugalah apabila ‘dunia tanpa sempadan’ menjengah dan teknologi digital menjadi tata baru kehidupan. Asas Islam tetap utuh… dan mereka akan tetap mendambakan kehidupan Islam.

Sungguhpun begitu, kefahaman mengenai Islam semakin hari semakin menyerlah. Matawang Islam, kewangan Islam, bon Islam, perbankan Islam, tidak pernah didengari suatu ketika dulu, terutamanya selepas mendapat kemerdekaan, tetapi hari ini, realitinya Melayu-Islamlah yang telah mengepalainya. Ternyata ilmu yang di timba oleh orang Melayu, dengan bantuan kerajaan yang memerintah, mampu meningkatkan daya upaya orang Melayu.

Apa yang sungguh mengecewakan orang Melayu ialah apabila persahabatan dipermainkan, diperlekehkan dengan nilai-nilai yang diimport dari luar – Barat dan universalisme. Maka orang Melayu pun dilihat sebagai rasis, cauvinis, malah mereka berani mengatakan sebagai ultra.

Inilah ‘kebaikan’ yang diperolehi oleh orang Melayu, apabila ‘sahabatnya’ menjadi kaya (sehingga terkaya di bumi Melayu), dibenarkan menguasai ekonomi, diberikan hak milik tanah, jadi wakil rakyat, ketua negeri!

Untuk itu, Melayu terpaksa merenung kembali: apa yang telah berlaku; apa hala tuju; apa yang didambakan.

Melayu terdedah pada fahaman demokrasi  (terutamanya sekali), hak asasi manusia, tata berorientasikan pasaran, pelaburan luar, ekonomi nasionalisma, saki baki kehidupan tradisional, dan tentunya, tidak ketinggalan: runtunan kemajuan berasaskan Islam.

Namun, akarnya tetap inginkan kehidupan berlandaskan ajaran Islam. 1980-an menunjukkan bahawa orang Melayu inginkan kepada kehidupan Islam, sehinggakan keseluruhan sekolah-sekolah agama dihadiri oleh anak-anak yang berprestasi tinggi, dari kalangan berada, juga pemain politik.

Semua hasrat ini dipendamkan; dijayakan melalui aktiviti-aktiviti sosial dan NGO. Ruang dan peluang yang dihidangkan oleh pihak kerajaan, diambil dan dipertingkatkan aktiviti dari semasa ke semasa.

Tiba-tiba orang Melayu rasa terancam. Sahabat dilihat sebagai gunting dalam lipatan. Malah, ada segelintir orang Melayu yang tersongsang  fahaman tentang Islam, yang dianuti dan dipegangi mereka selama ini. Mereka pula didapati bersahabat dengan para ‘gunting dalam lipatan’. Mereka katakan Islam adalah untuk semua, dan percayakan bukan Islam akan dan boleh jadi Islam. Mereka ketepikan sejarah Singapura, yang tak jadi-jadi Islam seperti sejarah daulah Abbasiah yang diambil alih oleh kaum barbar, yang seterusnya memeluk Islam dan dirikan daulah Uthmaniah.

Mereka seolah-olah lupa bahawa :

  • Melayu-Islam adalah pewaris tradisi membawa rahmat kepada seluruh alam, sebagaimana yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w;
  • Bangsa Melayu adalah bangsa yang dijadikan oleh Allah s.w.t, yang diamanahkan bersamanya sebuah wilayah eksklusif. Bahkan turut diberikan tata kehidupan dan pemimpinnya sekali;
  • Islam adalah agama keadilan, yang tentunya mempunyai senarai keutamaan, bukan suatu keadilan yang tidak menghiraukan hak bangsa-bangsa, dan sekadar manusia semata-mata.

Sungguhpun begitu, umat Islam seluruhnya, perlu berwaspada, bahawa Allah akan menghantar kaum lain untuk menggantikan kaum yang ada. Apa yang berlaku ke atasSingapura, walau betapa pahit sekalipun bagi orang Melayu, tetap berada dalam landasan sunnatullah. Demikianlah juga umat Islam seluruhnya perlu menerima tempelak bila dunia di kuasai oleh bukan Islam, kerana mereka didapati lebih memenohi kehendak Islam, dari umat Islam sendiri!

Allah telah pun memberikan kepada orang Melayu, wilayahnya, yang menjadi haknya, dan diamanahkan untuk menjaganya dengan adil. Tentunya, adil dan keadilan ini adalah juga berlandaskan pada titik-titik ajaran Islam, dan kandungan hak asasi manusia hanyalah sebahagian.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 20, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: