KELEBIHAN BEKERJA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT


Bekerja, berusaha, beramal wajib hukumnya disisi Islam.  Ia adalah asas hidup dan ia adalah pembangun agama, bangsa dan negara.  Umat Islam dituntut supaya rajin-rajinlah bekerja dan bertawakal kepada Allah SWT.  Bekerja untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga adalah diwajibkan oleh agama. Ini adalah amanat Allah SWT keatas umatNya.

Bertawakal sahaja kepada Allah SWT tanpa bekerja tidak disukai Allah SWT.  Oleh itu, umat Islam hendaklah bersungguh-sungguh didalam setiap pekerjaan yang dibuat.  Menuntut ilmu seperti berjuang, bekerja keras, bersungguh-sungguh adalah wajib dilaksanakan oleh umat Islam dan ianya harus menjadi asas kejayaan dihari muka.

Umat Islam disaran memilih apa-apa jenis pekerjaan yang diminati asalkan pekerjaan itu halal dan memberi faedah.  Islam sentiasa menyeru umatnya berniaga.  Lihatlah sejarah para Rasul, Nabi dan sahabat-sahabat Nabi yang agung seperti Abu Bakar al-Siddiq, Usman bin Affan, semuanya berusaha dan berkecimpung didalam perniagaan hingga terkenal sebagai saudagar Islam yang agung.

Umat Islam dahulu kebanyakannya berniaga dan betani.  Bekerja bersungguh-sungguh bukanlah bererti tamak kepada keduniaan.  Orang-orang zahid dalam Islam ialah orang yang bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan harta yang diperolehinya ke jalan Allah SWT.

Ayat-ayat diatas menggambarkan betapa pentingnya kita membuat ibadat untuk negeri akhirat disamping kita bekerja untuk di dunia.  Seterusnya Allah SWT menyuruh umatNya berbuat baik dan meninggalkan perkara-perkara yang jahat dan durjana, kerana amalan jahat itu tidak direda Allah SWT dan RasulNya.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di April 27, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: