KEUTAMAAN SOLAT MALAM



Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar sehingga menjadi sangat penting bagi orang-orang yang menginginkan kesempurnaan iman. Kerana sedemikian pentingnya, Allah s.w.t berfirman kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah pada sebahagian malam untuk solat, separuhnya, atau kurangi atau lebih sedikit dari itu. Dan bacalah al-Quran dengan tertib.”

(az-Muzzammil: 1-4)

Nabi Muhammad s.aw juga sangat mengambil berat solat malam, hingga kedua telapak kakinya pecah-pecah. Meskipun Allah s.w.t telah mengampuni dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, dengan tersenyum baginda menjawab,

“Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang bersyukur.”

Solat malam merupakan sebab utama bagi seseorang untuk boleh masuk syurga. Menurut Abdullah bin Salam, pada waktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, orang-orang menyambutnya dengan perkataan:

“Rasulullah datang! Rasulullah datang! Rasulullah datang! Begitulah suara teriakan terdengar, Kerana ingin melihat baginda, saya pun datang bersama orang-orang. Setelah boleh melihat baginda dengan jelas, saya pun tahu bahawa wajah baginda bukanlah wajah pendusta. Dan sabda baginda yang pertama kali saya dengar ialah: “Wahai sekalian manusia, sambunglah kekerabatan, dan solatlah di saat manusia terlelap tidur pada saat malam, nescaya kamu masuk syurga, kampung keselamatan.”

Dari kisah di atas, setidaknya ada beberapa keutamaan  yang diperoleh bagi orang yang membiasakan solat malam. Di antaranya Allah s.w.t akan menaikkan darjatnya, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w yang bermasud,

“Sungguh dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari luar dan bahagian luarnya terlihat dari dalam. Kamar-kamar itu disediakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa Ramadan, menebar salam, dan bersolat malam di saat manusia terlelap tidur.”

(Riwayat Abu Malik Al-Asy’ari)

Selain itu, orang yang membiasakan solat malam adalah orang-orang yang berbuat ihsan dalam ibadah sehingga layak untuk mendapatkan rahmat dan syurga. Allah s.w.t berfirman,

“Di waktu malam, sedikit sekali mereka tidur. Dan pada waktu sahur mereka beristighfar.”

(az-Dzariyat: 17-18)

Allah s.w.t sangat memuji orang yang suka solat malam sehingga menggolongkan sebagai hamba-hamba-Nya yang baik sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam dengan sujud dan berdiri menyembah Tuhan mereka.”

(al-Furqan: 64)

Justeru, Nabi s.a.w sangat mendorong kita melakukan solat malam. Baginda bersabda yang bermaksud:

Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulannya Allah s.w.t, iaitu Muharam. Sedangkan solat yang paling utama selepas solat wajib ialah solat malam.”

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 3, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: