PERPADUAN UMMAH BEZAKAN UMAT ISLAM DENGAN UMAT BUKAN ISLAM


“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”

(Surah Al-Hujurat: 10)

Pengukuhan akidah membabitkan usaha memperkasa iman dan ketakwaan yang menjadi unsur penting untuk menyusun hubungan dengan Allah SWT serta hubungan sesama manusia perlu untuk menghasilkan tamadun Islam. Matlamat utama kepada pengukuhan akidah juga adalah untuk mencapai perpaduan ummah. Tinggi rendah kedudukan agama Islam pada mata orang Islam dan dunia luar bergantung kepada perpaduan ummah dan umat Islam perlu menjawab persoalan realiti hari ini apakah masyarakat sudah bersatu atau sebaliknya.

Firman Allah SWT  didalam surah al-Anfal ; Ayat 46 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu”.

Ada macam kecenderungan saudara Islam yang tidak wajar iaitu tidak bergantung kepada penghayatan hakiki tetapi bergantung pada apa yang ada atas kertas. Perlembagaan kata Islam agama rasmi tetapi itu bukan jaminan jika realitinya umat Islam berpecah belah. Oleh itu, orang Islam jangan hanya bergantung kepada perlembagaan tetapi kita harus lihat realiti yang berlaku dalam masyarakat.Bersatu akan menjadi kuat serta dinamis hingga mampu memancarkan Islam di segenap dunia seperti zaman dulu dengan ketamadunan Islam menjadi inspirasi kepada tamadun lain.

Perpaduan penting untuk menonjolkan identiti dan jati diri ummah yang berbeza dengan umat lain kerana umat Islam berjiwa ketauhidan dapat dimanifestasikan daripada cara hidup masyarakatnya yang bertamadun. Kesatuan dan perpaduan ummah yang mencerminkan jiwa ketauhidan akan terserlah dalam se mua aspek kehidupan termasuk pendidikan, perundangan dan pembangunan sosial. Tetapi semua itu hanya berjaya dicapai dengan syarat ajaran Islam dihayati sebenar-benarnya.

Dalam al-Quran ada 80 ayat dimulakan dengan seruan Ilahi kepada orang beriman untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang boleh ditafsirkan sebagai agenda individu serta kolektif kerana sebahagian ayat itu merujuk agenda kesatuan dan perpaduan ummah. Antaranya ialah surah al-Imran, ayat 102 hingga 105, yang inti patinya menyeru supaya orang yang beriman bertakwa sebenar-benar takwa kepada Allah SWT dan jangan mati kecuali dalam keadaan Muslim selain diminta berpegang kepada tali Allah SWT yang membawa maksud supaya sentiasa bersatu-padu.

Malah, umat Islam diingatkan supaya tidak mengikut jejak masyarakat terdahulu yang hidup dalam keadaan berpecah-belah, sebaliknya menjadi umat menyeru kepada kebaikan dan menjauhkan segala kejahatan kerana itulah antara golongan yang beruntung.

Terdapat enam prinsip dasar ke arah pemantapan kemajuan ummah. Enam prinsip itu ialah:

  1. Konsep kemajuan dalam pemikiran arus perdana;
  2. Pemikiran pasca modenisme;
  3. Kemajuan dalam konsep islam yang menyeluruh;
  4. Konsep kemajuan islami;
  5. Pemantapan kemajuan ummah dan
  6. Ilmu pengetahuan masa kini.

Cabarannya ialah realiti hari ini memperlihatkan kelemahan, kesalahan dan kerosakan dalam tamadun moden manusia termasuk krisis moral yang semakin serius berkait rapat dengan paradigma ilmu pengetahuan masa kini yang dominan. Oleh kerana dominasi ilmu pengetahuan masa kini itu satu paradigma ilmu pengetahuan berteraskan alam semesta yang bersepadu, holistik dan tauhidik perlu diketengahkan dalam dunia umat Islam sendiri kemudian masyarakat luar dunia Islam.

Membangunkan ilmu pengetahuan daripada perspektif Islam membabitkan semua aspek kehidupan belum menampakkan hasil yang nyata dalam dunia realiti.  Pembinaan tiang dan infrastruktur tamadun yang holistik serta tauhidik tetapi tiang itu tidak dipakai atau tidak mahu dipakai pembina bangunan atas alasan belum punya nama. Usaha membina tiang ini jika tidak dimanfaatkan akan tinggal sebagai usaha akademik semata-mata.

Untuk berjaya, perlu sokongan daripada pihak berkuasa, pembuat dasar dan pemimpin negara serta sumbangan kewangan.  Bagi mendapat sokongan, kita boleh menggunakan label tidak kelihatan baru, aneh atau menakutkan dan tidak ada salahnya jika kita menampilkan jenama Pembangunan Ilmu Pengetahuan Masa Kini dari Perspektif Islam.

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 4, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: